Home AM Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (23 Mac 2020)
AMKesihatan

Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (23 Mac 2020)

1. Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencapai kadar pematuhan 92%

2. Penglibatan PDRM bersama ATM, RELA & APM telah mengadakan sekatan jalan raya sebanyak 1903. Ini merupakan peningkatan sebanyak 98%

3. Sebanyak 120,615 kenderaan diperiksa & dinasihati utk mematuhi PKP. Pihak PDRM juga telah membuat sebanyak 1,719 hebahan di seluruh negara.

4. Pergerakan orang ramai dari satu negeri ke satu negeri atau dari daerah ke daerah lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Bagi pekerja-pekerja di sektor perkhidmatan keperluan (essential services), Ketua Setiausaha Kementerian akan mengeluarkan surat kebenaran untuk kegunaan penjawat awam yang perlu berkhidmat. Bagi pihak swasta, surat kebenaran perlu dikeluarkan oleh pihak majikan

6. Kerajaan menetapkan perkhidmatan kenderaan awam hanya dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 pagi & 5 ptg hingga 10 mlm

7. Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga siling topeng muka di bawah RM 2.00. KPDNHEP diminta utk ambil tindakan selanjutnya dgn kadar segera

8. Sektor-sektor terlibat dalam industri makanan masih beroperasi seperti biasa bagi memastikan bekalan makanan & keperluan rakyat sentiasa mencukupi

9. Kerajaan peruntuk RM12,297,450 untuk menyediakan makanan kepada 74,530 pelajar dengan kos bantuan RM15 sehari selama 11 hari.

10. Stesen minyak diwajibkan sedia cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) untuk pengguna.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Menteri Kanan (Pertahanan)

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...