Home AM Bayaran Bantuan Bulanan JKM bagi April dipercepatkan – Rina Harun
AMWanita

Bayaran Bantuan Bulanan JKM bagi April dipercepatkan – Rina Harun

PUTRAJAYA 19 Mac 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini mengumumkan bahawa Kemententerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memutuskan untuk mempercepatkan bantuan bulanan kepada semua penerima bantuan bagi bulan April 2020.

Menurut Rina di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari, semua penerima bantuan akan menerima bantuan bermula pada 25 Mac 2020 (Rabu).

“Bantuan ini akan melibatkan seramai 500 ribu penerima melibatkan kos sebanyak RM150 juta. Bantuan ini akan diterima 15 hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya diterima.” jelas Rina.

Tambah beliau dengan langkah inisiatif yang telah diambil ini KPWKM mengharapkan agar ia dapat membantu kumpulan sasar menjalani kehidupan yang sejahtera sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

“Ia juga menunjukkan bahawa KPWKM amat prihatin terhadap kumpulan sasar kementerian yang terkesan daripada perlaksanaan PKP tersebut,” kata Rina.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...

AMCuacaMY LNA

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 – Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu...