AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNAWanita @ My LNA

KPWKM akan cadangkan penangguhan/penjadualan semula pembayaran pinjaman skim mikro kredit untuk bantu usahawan wanita B40 – Rina Harun

207
KUALA LUMPUR, 19 Jan -- Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika berucap pada Majlis Perasmian Dialog bersama Usahawan Wanita Malaysia di Hotel Premiera hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

16 Mac 2020 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), TEKUN Nasional serta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) supaya memberi penangguhan / penjadualan semula pembayaran balik di bawah skim mikro kredit sekurang-kurangnya tiga (3) bulan. Langkah ini diambil bagi membantu para usahawan wanita daripada golongan B40 yang pendapatannya terkesan berikutan penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda di negara pada ketika ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata penularan wabak tersebut yang terlalu cepat di negara ini telah menjejaskan ekonomi negara dalam pelbagai sektor antaranya pelancongan, perkhidmatan dan perniagaan atas faktor keselamatan dan kesihatan diri dan ini juga menjejaskan perniagaan usahawan-usahawan kecil yang terdiri daripada wanita khususnya dari golongan B40.

“Bagi membantu para usahawan wanita daripada golongan B40 yang pendapatannya terkesan berikutan penularan wabak COVID-19 ini, langkah segera yang akan di ambil oleh pihak KPWKM adalah untuk mencadangkan MEDAC, TEKUN Nasional serta AIM memberi penangguhan / penjadualan semula pembayaran balik di bawah skim mikro kredit sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.

Cadangan ini diangkat bagi tujuan membantu para usahawan wanita golongan B40 yang terpaksa menanggung kerugian yang tinggi akibat daripada kekurangan hasil perniagaan berikutan penularan wabak COVID-19″ jelas Rina di dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Beliau percaya dengan langkah tersebut kerajaan dan pihak yang terbabit bukan sahaja dapat meringankan bebanan penderitaan akibat wabak COVID-19 khususnya bagi usahawan wanita dan keluarga yang dijangkiti tetapi juga dapat meringankan desakan ekonomi yang dihadapi oleh mereka pada masa ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...