Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada YB Datuk Dr. Haji Abd Latiff bin Haji Ahmad di atas pelantikan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad sebagai Timbalan Menteri I dan juga YB Dato’ Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri II yang baru.
Warga KPLB akan terus kekal komited dan sentiasa memberi kerjasama padu kepada pimpinan YB Menteri, YB Timbalan Menteri I dan YB Timbalan Menteri II dalam melaksanakan inisiatif membangun dan memajukan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Semoga dengan pelantikan YB Menteri, YB Timbalan Menteri I dan YB Timbalan Menteri II akan menjadi pemangkin kepada pembangunan luar bandar yang sejahtera, inklusif, mampan dan holistik.
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
10 MAC 2020
Leave a comment