Kenyataan MediaPolitik @ My LNA

KENYATAAN MEDIA KETUA SRIKANDI PPBM

186

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8. Saya berkeyakinan tinggi pengalaman dan kewibawaan kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berupaya membawa semua pihak bergerak dan bersatu membina masa depan negara Malaysia. Menjunjung kasih atas kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menyelesaikan kemelut pemerintahan Kerajaan dan perkenan melantik Perdana Menteri Malaysia Ke-8.


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada parti-parti politik dan semua pihak yang telah menzahirkan sokongan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk memimpin Kerajaan Persekutuan. Sesungguhnya, sokongan ini memberi nilai dan makna yang amat besar demi kepentingan rakyat dan negara.

Adalah diharapkan sokongan ini dapat diteruskan dalam konteks kerjasama rapat dalam perjalanan membina negara, khususnya menangani isu-isu yang mendesak seperti penyebaran Virus Corona (Covid-19) yang mengancam keselamatan dan kesihatan rakyat sekaligus memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara dan dunia secarakeseluruhannya.

Kepentingan rakyat dan negara seharusnya diletakkan pada unjuran
teratas dalam senarai keutamaan kita pada hari ini. Kestabilan politik
amatlah penting untuk membolehkan jentera Kerajaan dan semuapihak memberikan fokus untuk menangani isu ekonomi termasuk membina keyakinan para pelabur luar dan dalam negara.

YB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada minggu lalu telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab dan keutamaan semua pihak untuk melaksanakan pelan ini sebaiknya pada kadar segera.

Saya juga dengan penuh keikhlasan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah mencurahkan jasa dan pengorbanan yang amat besar untuk negara tercinta. Mari kita bersama menterjemahkan penghargaan ini dengan meneruskan legasi perjuangan YB Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membina negara Malaysia yang maju, makmur dan sejahtera.

DATUK SERI RINA MOHD HARUN
KETUA SRIKANDI MALAYSIA
2 MAC 2020

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...