Alam Sekitar @ MY LNAAMKenyataan Media

MESTECC MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PENCAPAIAN 2019 DENGAN MELANCARKAN 130 INISIATIF MESTECC 2020: KUASAI. LAKSANA. UNGGULI

70

11 Februari 2020, KUALA LUMPUR – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) hari ini melancarkan 130 Inisiatif MESTECC 2020 dengan tema yang dikekalkan daripada Inisiatif MESTECC 2019 iaitu Kuasai. Laksana. Ungguli (Own It. Do It. Ace It). Inisiatif 2020 ini meningkat hampir sekali ganda daripada jumlah Inisiatif yang telah dilaksanakan pada tahun 2019, iaitu sebanyak 73 Inisiatif. Inisiatif MESTECC 2020 dilancarkan oleh YB Yeo Bee Yin, Menteri MESTECC.

YB Yeo Bee Yin menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Inisiatif & Walkabout Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) 2020 di Connexion Conference & Event Centre (CCEC) di Kuala Lumpur hari ini.

Tema Kuasai. Laksana. Ungguli (Own It. Do It. Ace It) yang sedia ada dikekalkan kerana ia relevan, sebati dan telah menjadi budaya kerja warga MESTECC sejak ia dilancarkan tahun lalu. Own It memberi gambaran agar warga MESTECC mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas yang diamanahkan oleh rakyat, Do It bermakna bekerja secara efektif dan Ace It bermakna warga kerja perlu terus mengungguli kesemua Inisiatif tersebut iaitu menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam.

Inisiatif MESTECC pada tahun 2020 akan dilaksanakan dalam 5 kategori mengikut sektor di dalam MESTECC iaitu Sektor Tenaga, Sektor STI, Sektor Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Sektor Perancangan Strategik & Antarabangsa dan Sektor Pengurusan.

YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (dua dari kanan) menyempurnakan gimik Pelancaran Inisiatif MESTECC 2020 dan Sistem i-ALERTS di CCEC, Kuala Lumpur hari ini. Turut kelihatan, Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MESTECC (tengah); dari kiri, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar & Perubahan Iklim); Dr. Mohd. Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi & Inovasi) dan Noor Afifah Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) (kanan).

Daripada 130 Inisiatif tersebut, Sektor Tenaga menggariskan 32 inisiatif, Sektor Sains Teknologi dan Inovasi (STI) merangkumi 31 inisiatif, Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menggariskan 40 inisiatif; manakala dua sektor sokongan iaitu Sektor Perancangan Strategik & Antarabangsa dengan 14 inisiatif dan Sektor Pengurusan dengan 13 inisiatif.

Kesemua inisiatif-inisiatif yang telah digariskan adalah selari dengan agenda dan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama Negara iaitu memastikan semua rakyat menikmati kekayaan dan kemakmuran ekonomi negara secara adil dan saksama. Menerusi pelan inisiatif ini, MESTECC akan mengutamakan pelaksanaan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat serta meningkatkan daya saing negara.

Inisiatif memberi tumpuan kepada menyediakan impak kepada rakyat dalam bidang keutamaan negara iaitu tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim, pembangunan sosio ekonomi negara dan bersifat inklusif.

Pemantapan tadbir urus organisasi melalui perancangan, pemantauan dan penilaian seperti pelaksanaan Pelan Strategik MESTECC 2021-2025 turut diberi perhatian dalam Inisiatif MESTECC 2020 ini.

YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (tengah) bergambar bersama pengurusan tertinggi kementerian dan hadirin selepas Majlis Pelancaran Inisiatif & Walkabout Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) 2020 di Connexion Conference & Event Centre (CCEC) di Kuala Lumpur hari ini.

YB Yeo Bee Yin turut merasmikan Sistem Pengurusan dan Pemantauan Inisiatif MESTECC iaitu sistem Intelligent-Analysis, Evaluation and Real Time Solutions atau i-ALERTS. Ia merupakan sistem dalam talian bagi mengurus, memantau dan mengukur prestasi pencapaian Inisiatif MESTECC 2020 dan boleh diakses melalui telefon bimbit para Pegawai MESTECC yang disasar dapat meningkatkan kecekapan pemantauan pelaksanaan kepada aktiviti-aktiviti inisiatif.

Sempena Pelancaran Inisiatif MESTECC itu juga, pelbagai acara dan program menarik diatur bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai program, inisiatif dan aktiviti di bawah MESTECC bagi meningkatkan kerjasama erat dengan stakeholders, dan komuniti setempat. MESTECC turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung antaranya ialah kaunter semakan rebat bil elektrik, STI Career Pathway Talk – Inspiring the Next Generation, ESTECC Education in School, Science on Wheels, Makerspace, Explorace, Stesen Permonitoran Sinaran Bergerak, Klinik Dana dan Klinik Insentif Hijau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...