Kenyataan Media

SITUASI TERKINI WABAK NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV) DI MALAYSIA

74

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes baharu 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini. Kes ini merupakan seorang pelancong warganegara China berumur 67 tahun yang merupakan ibu kepada kawan kes warganegara China yang dilaporkan positif pada 6 Februari 2020 (kes positif ke-14). Mengambil kira kes terbaru ini adalah kontak rapat kepada kes tersebut, beliau telah diarahkan untuk tidak ke mana-mana bagi menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan. Ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV telah dibuat dan dilaporkan positif pada 7 Februari 2020. Beliau kini telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

Dengan pertambahan satu (1) kes baru ini, jumlah kumulatif kes positif jangkitan 2019-nCoV yang dilaporkan sehingga hari ini adalah sebanyak 16 kes adalah seperti berikut :

  • empat (4) orang warganegara Malaysia;
  • 12 kes warganegara China.

KES MELIBATKAN 12 WARGANEGARA CHINA

  • Satu (1) kes iaitu kes ke-6, kes telah discaj dari Hospital Langkawi pada 4 Februari lalu setelah dua ujian ulangan pengesanan jangkitan 2019-nCoV adalah negatif.
  • Satu (1) kes iaitu kes ke-4, sedang menunggu keputusan ujian ulangan ketiga di mana ujian pertama dan kedua adalah negatif. Untuk makluman, kes ini telah menerima rawatan dengan menggunakan ubat antiretroviral. Ubat antiretroviral adalah merupakan ubat yang digunakan untuk merawat pesakit yang dijangkiti oleh human immunodeficiency virus (HIV).

Kes ke-4 ini mempunyai jangkitan radang paru-paru dan pihak hospital telah memulakan rawatan ubat antiretroviral ke atas beliau. Kes didapati memberi respon yang baik kepada ubat ini. Dua (2) sampel klinikal telah diambil berturut-turut dan hasil ujian pengesanan ulangan jangkitan 2019-nCoV kes ini dilaporkan adalah negatif. Beliau akan dibenarkan pulang selepas keputusan ujian ulangan ketiga diperolehi dalam masa yang terdekat.

  • Enam (6) kes iaitu kes pertama, ke-3, ke-5, ke-7, ke-8 dan ke-10 telah menjalani ujian ulangan pertama pengesanan jangkitan 2019-nCoV didapati negatif.
  • Empat (4) kes lagi iaitu kes ke-2, ke-14, ke-15, dan ke-16 masih dirawat di wad sehingga ujian ulangan adalah negatif sebanyak

Untuk makluman juga, daripada 12 warganegara China tersebut, empat (4) daripadanya (Kes pertama, ke-2, ke-3, dan ke-5) adalah ahli keluarga kepada kes positif pertama di Singapura. Keempat-empat mereka kini sedang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh. Tiga (3) daripadanya (Kes pertama, ke-3, dan ke-5) telah menjalani ujian ulangan pertama pengesanan jangkitan 2019-nCoV dan didapati negatif. Manakala seorang (1) lagi (Kes ke-2) masih dirawat sehingga ujian ulangan negatif diperolehi.

Bagi empat (4) warganegara Malaysia yang dikesan positif jangkitan 2019-nCoV, ujian ulangan akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
Kesemua 15 pesakit ini masih dalam rawatan dan pemantauan oleh KKM dan berada dalam keadaan stabil.

Dengan pertambahan satu (1) kes baru ini, jumlah kumulatif kes 2019-nCoV yang dilaporkan sehingga hari ini adalah sebanyak 16 kes; iaitu tujuh (7) kes dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV, tujuh (7) kes dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) kes dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Sehubungan itu, dari 10 Januari 2020 sehingga 8 Februari 2020 jam 10:00 pagi; jumlah kumulatif kes PUI jangkitan 2019-nCoV adalah 336 orang; di mana 213 adalah warganegara Malaysia, 115 warga China dan masing-masing satu (1) warganegara Australia, Bangladesh, Brazil, Indonesia, Jordan, Kanada, Republik Korea dan Thailand. Tujuh (7) kes telah disahkan positif 2019-nCoV, 306 adalah negatif 2019-nCoV dan 23 kes masih menunggu keputusan makmal (Lampiran 1).

Tiada kontak rapat yang baru kepada kes 2019-nCoV dilaporkan sehingga 8 Februari 2020 jam 10:00 pagi. Oleh itu, jumlah kumulatif kontak rapat kepada kes 2019-nCoV yang dilaporkan pada tahun 2020 sehingga hari ini adalah seramai 96 orang kesemuanya – di mana tujuh (7) orang adalah positif, 84 orang adalah negatif dan lima (5) kes masih menunggu keputusan makmal (Lampiran 1).

Kerajaan Malaysia ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua anggota kerja kerajaan dan swasta dalam respon yang telah diberikan bagi mengawal penularan jangkitan 2019-nCoV di Malaysia. Rakyat Malaysia diseru untuk bersama-sama memainkan peranan dengan menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab kerana setiap individu mempunyai peranan penting dalam menangani kejadian ini.

Perkembangan kejadian jangkitan 2019-nCoV ini akan terus dipantau oleh kerajaan Malaysia termasuklah maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang awam akan sentiasa dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai sebarang perkembangan terkini.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH DR. WAN ISMAIL
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
8 Februari 2020

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...