Projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk mendigitalkan kawasan luar bandar, dengan kerjasama pihak Maxis Broadband Sdn Bhd. KPLB telah memilih dua agensi iaitu KEMAS dan
MARA untuk menjadi perintis pelaksanaan projek ini. Untuk peringkat MARA, MARA-Japan Industrial (MJII) telah dipilih.
Pembangunan yang akan dijalankan di MJII adalah pemasangan wifi Maxis seluruh kampus dan program Smart Classroom.
Program Desa Pintar adalah inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam memperkasakan ekonomi luar
bandar melalui digitalisasi dan pelaksanaan teknologi canggih. Inisiatif ini dilakukan melalui kerjasama pintar dengan pemain industri sebagai rakan strategik Kementerian.
Sebagai inisiatif, rakan strategik Kementerian bagi Program Desa Pintar
telah melaksanakan Proof of Concept untuk Smart Classroom di Tabika Kemas Sri Siantan, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan juga di MJII, Beranang bagi melihat keberhasilan pembelajaran kehadapan dengan menggunakan kaedah Augmented Reality sebagai salah satu platform pembelajaran. Konsep ini adalah kesinambungan daripada bimbingan serta latihan keusahawanan yang telah dijalankan oleh rakan strategik
Desa Pintar pada tahun lepas. Syarikat Telekomunikasi terlibat Maxis Broadband Sdn Bhd, Vetton Sdn Bhd, Amazon Web Service Sdn Bhd dan Integriti Padu Sdn Bhd.
Pembangunan luar bandar tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur dan perhubungan kerana pembangunan modal insan juga perlu diberi keutamaan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan di luar bandar adalah bersifat lebih menyeluruh dan mampan. Penglibatan dan kerjasama diantara Kementerian dengan industri adalah pendekatan terbaik dalam mencapai matlamat tersebut. Pemain industri mempunyai pelbagai pengalaman yang
dapat dikongsi bersama dengan masyarakat di luar bandar dalam
meningkatkan kualiti hidup mereka melalui perlbagai aspek seperti pendidikan, bimbingan dan latihan.
YB Datuk Seri Rina Mohd Harun
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Leave a comment