Rakyat Malaysia diminta supaya bertenang dan tidak mencetuskan suasana panik dengan berita penularan kes coronavirus yang menjadi perhatian seluruh dunia pada ketika ini.
Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah pun mengambil tindakan awal menangani kes ini mengikut Standard Operational Procedure yang digariskan.
Pemuda AMANAH ingin menasihatkan semua pihak supaya berhubung dengan pihak yang berautoriti untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan isu ini.
Pada masa yang sama, kita juga perlu bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan isu ini.
Semoga keadaan ini dapat dikawal sebaiknya dan Malaysia bebas daripada jangkitan ini.
HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Leave a comment