Home AM Tabung Haji Plantation (THP)
AMKenyataan Media

Tabung Haji Plantation (THP)

Saya mengambil maklum tentang sidang media yang diadakan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada petang semalam. Saya lihat, beliau dan mantan perdana menteri sangat berminat dengan isu-isu melibatkan Tabung Haji Plantation (THP). Terima kasih kerana menunjukkan minat yang mendalam dalam isu ini.

Sebagai makluman semua pihak sejak saya diamanahkan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), saya memberi sepenuh kepercayaan kepada agensi-agensi untuk menjalankan urusan mereka tanpa campur tangan politik. Perkara sama saya lakukan terhadap THP. TH hanya memiliki 72% saham dalam THP dan saya langsung tidak mencampuri sebarang urusan jual beli melibatkan THP. Ini kerana, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak pengurusan THP yang baru dapat menyelamatkan syarikat ini daripada terus mengalami kerugian.

Sebarang transaksi jual beli merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana syarikat perniagaan. Justeru, saya berasa hairan dengan dua individu berkenaan yang membangkitkan isu jual beli tanah yang melibatkan THP sedangkan persoalan yang perlu ditanya ialah, mengapa mereka membeli tanah-tanah ini dulu sehingga tanah ini terpaksa dijual dan THP mengalami kerugian?

Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Asyraf kerana sanggup membuat sidang media bagi membuktikan bahawa kita kini berada di landasan yang benar dengan menjalankan urusan pentadbiran yang telus tanpa sebarang campur tangan politik.

Bagaimanapun, sekiranya beliau mempunyai bukti yang kukuh wujudnya penyelewengan semasa urusan jual beli tanah THP, saya mengalu-alukan sebarang laporan dibuat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan.

DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
25 JANUARI 2020

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...