Home AM Pelaksanaan PSS dibatalkan – KDN
AM

Pelaksanaan PSS dibatalkan – KDN

PUTRAJAYA 23 Januari 2020 – Setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak Kerajaan Negeri Sabah membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) melalui Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah yang telah diadakan pada 22 Januari 2020 dan perkara ini telah diambil maklum oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Memandangkan keputusan pelaksanaan PSS ini merupakan persetujuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Pusat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk), maka pihak Kementerian selaku penyelaras bersama mengambil pendirian yang sama dengan kerajaan Negeri Sabah berhubung pembatalan PSS.

Kementerian ingin menegaskan bahawa tindakan penyelesaian mengenai isu pelarian di Sabah adalah komitmen bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Pusat yang mesti dilaksanakan secara berterusan dengan lebih teliti dan berhati-hati tanpa menjejaskan hak-hak warganegara, kepentingan dan keselamatan rakyat di negeri Sabah” jelas KDN di dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Pada tahun lepas, KDN bercadang memperkenalkan PSS bagi menggantikan tiga dokumen warga asing di negeri ini pada tahun ini di mana tiga dokumen yang dimaksudkan adalah Kad Burung-Burung, Sijil Banci dan IM13.

Bagaimanapun cadangan pelaksanaan PSS tersebut menerima banyak respons negatif daripada masyarakat Sabah di mana rata-ratanya mereka menzahirkan kebimbangan dan tidak bersetuju dengan pengenalan PSS yang melibatkan isu imigresen dan pendaftaran yang amat sensitif bagi warga Sabah.

Isu pelaksanaan PSS ini juga dikatakan adalah salah satu faktor utama kekalahan Parti Warisan di dalam PRK Kimanis pada 18 Januari lepas.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...