KUALA LUMPUR 23 Januari 2020 – Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2020 yang akan disambut pada 25 & 26 Januari, para pengguna jalanraya akan menikmati diskaun tol di antara 10% hingga 33% di enam belas (16) lebuh raya dan diskaun tol antara 10% hingga 30% di plaza tol tertentu.
“Kementerian Kerja Raya (KKR) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di atas pelaksanaan Program Corporate Social Responsibility (CSR) di lebuh raya dengan pemberian diskaun sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2020 sebagai tanda penghargaan mereka kepada pengguna-pengguna lebuh raya.
Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui ke semua plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju.” kata KKR di dalam kenyataan media hari ini.
KKR turut menasihatkan agar para pegguna merancang perjalanan lebih awal dengan mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory) yang telah disediakan oleh syarikat-syarikat konsesi.
Tambah KKR maklumat trafik terkini boleh didapati daripada pusat pengurusan trafik TMC LLM yang beroperasi 24 jam sehari melalui talian 1800-88-7752 atau akaun Twitter @LLMinfotrafik atau mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuh raya yang berkenaan.
Leave a comment