Home AM Fitnah Pemberian Berus Pelbagai Guna : Laporan polis telah dibuat- Teo Nie Ching
AM

Fitnah Pemberian Berus Pelbagai Guna : Laporan polis telah dibuat- Teo Nie Ching

21 Januari 2020 – Ahli Parlimen Kulai , YB Teo Nie Ching membuat penafian bahawa beliau telah memberikan berus pelbagai guna secara percuma di sekolah seperti mana yang ditularkan di dalam video “Diberikan percuma ke sekolah-sekolah Timbalan Menteri Pendidikan Perempuan Cina Itu” , di mana video tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Komuniti Semenanjung Melayu baru-baru ini.

Sumber foto : Facebook Rasmi Yb Teo Nie Ching

Teo Nie Ching yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan turut menafikan beliau atau pegawai-pegawainya telah menampal pelekat di belakang bungkusan set berus tersebut bagi menyembunyikan logo tidak halal.

“Ini merupakan satu fitnah jahat dengan niat untuk membuat provokasi perkauman. Satu laporan polis berkenaan perkara ini telah dibuat oleh pegawai saya di Balai Polis Putrajaya malam tadi.

Saya ingin memberi amaran keras kepada portal / blog / laman sesawang atau mana-mana media sosial untuk tidak cuba membuat provokasi perkauman seperti ini.” tegas Teo Nie Ching di dalam posting Facebook rasmi beliau semalam.

Posting yang telah dibuat di Facebook Page Komuniti Melayu Semenanjung tersebut setakat hari ini telah dikongsi sebanyak 1.4 ribu kali dan menerima 150 komen.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...