Home AM KIMANIS : BAIKI KELEMAHAN, TERUSKAN BEKERJA
AMPendapat

KIMANIS : BAIKI KELEMAHAN, TERUSKAN BEKERJA

Keputusan PRK Kimanis sekali lagi memberi signal bahawa Pakatan Harapan dan Warisan perlu memperbaiki segera kelemahan.

Sudah semestinya kita akan menjadikan ini sebagai indikator dalam mengorak langkah ke depan demi memastikan PH dan Warisan terus berada pada landasan yang betul menuju PRU ke 15.

Tahniah diucapkan kepada calon Barisan Nasional Mohamad Alamin atas mandat yang diberikan. Semoga Yang Berhormat dapat menjalankan tugas sebaiknya kepada rakyat Kimanis.

Kepada seluruh penyokong dan petugas, mewakili Pemuda AMANAH, saya mengucapkan terima kasih atas kerja kuat semua sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Semua petugas telah menunjukkan kematangan dan semangat kerja berpasukan yang baik dalam melalui PRK kali ini.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan yang paling penting penduduk Kimanis diberi ruang sepenuhnya menggunakan hak mengundi mereka tanpa ada ugutan, sogokan ataupun janji projek segera seperti mana amalan sebelum ini.

Semoga kita semua terus membulat tekad, bekerja keras untuk rakyat bagi membuktikan kemampuan kita membawa Malaysia terus maju ke hadapan.

Terima kasih Kimanis. Terima kasih semua.
Masa untuk terus bekerja.

HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...