AMPendidikan @ My LNA

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 pada Rabu depan

850

PUTRAJAYA 14 Januari 2020 – Para calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2019 boleh mendapatkan keputusan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada hari Rabu 22 Januari 2020. Bagi calon-calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos. Mereka juga boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

Menurut Lembaga Peperiksaan (LP) di satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, seramai 9,826 orang calon telah mendaftar menduduki STAM pada tahun 2019 di 234 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja.

“Daripada jumlah tersebut, 2,854 adalah calon sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 4,540 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 709 adalah calon Sekolah Menengah Agama Rakyat, 87 calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala 1,497 adalah calon Persendirian dan 139 adalah calon luar negara (Kemboja).

Semakan keputusan STAM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip STAMAngkaGiliran dan SMS ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10.00 pagi pada 22 Januari 2020 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 28 Januari 2020. Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.” kata LP.

Untuk makluman, STAM merupakan peperiksaan yang dikelolakan oleh LP bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke universiti awam di Malaysia. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.

STAM mula diperkenalkan mulai tahun 2000 hasil kerjasama antara KPM dengan Universiti al-Azhar. Ia bertujuan meneyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu seperti Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...