AMPendidikan @ My LNA

Isu Perayaan Ponggal : Akan dibincang di mesyuarat Jemaah Menteri – Gobind

210

15 Januari 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo akan membangkitkan isu surat pekeliling berkenaan perayaan Ponggal yang tular sekarang di mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

“Perkara surat pekeliling berkenaan Ponggal akan dibangkitkan dalam mesyuarat jemaah Menteri pagi ini. Ponggal bukanlah satu perayaan ataupun acara keagamaan. Perayaan ini menandakan sambutan musim menuai dan menandakan kejayaan ataupun kemakmuran yang melimpah.

Perayaan ini telah lama diraikan di Malaysia. Ianya harus dilihat sebagai satu acara untuk masyarakat kita mengeratkan lagi talian persahabatan, menghormati budaya, mengalakkan perpaduan serta membina negara kita.” ujar Gobind di posting Facebook peribadi beliau pada hari ini.

Semalam Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran turut mengeluarkan kenyataan berkenaan isu yang sama. Menurut beliau adalah tidak tepat bagi mengatakan bahawa perayaan Ponggal adalah perayaan yang berbentuk keagamaan. Tambah beliau ia juga diraikan bagi tujuan menyatu padukan masyarakat Tamil di negara ini.

Semalam tular di media sosial berkenaan satu surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertarikh 13 Januari 2020 yang memaklumkan keputusan mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan hukum orang Muslim yang menyertai pesta perayaan Ponggal. Surat tersebut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan dikatakan boleh merenggangkan hubungan sesama kaum di negara ini.

Untuk makluman, Perayaan Ponggal (Hari Thaiponggal) merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh masyarakat etnik Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka, Malaysia, Singapura, South Africa, USA, United Kingdom, France, Seychelles, Australia, Kanada dan di tempat yang mempunyai ramai etnik Tamil.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...