Home AM Waris dan Mangsa Kemalangan Kren di Mekah terima sumbangan Kerajaan Saudi
AM

Waris dan Mangsa Kemalangan Kren di Mekah terima sumbangan Kerajaan Saudi

PUTRAJAYA 14 Januari 2020 – Para waris dan mangsa di dalam kejadian kemalangan kren di Mekah yang berlaku pada tahun 2015, diraikan pada hari ini di dalam satu majlis jamuan makan tengah hari bersama Menteri Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Mujahid Yusof.

Sumber foto Facebook Rasmi YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof

Menurut posting di Facebook rasmi Dr. Mujahid, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan, Duta Besar Di Raja Arab Saudi di Malaysia،, YB Timbalan Menteri Puan Hj. Fuziah Salleh, Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, CEO Tabung Haji Tuan Hj Nik Mohd Hasyudeen bin Yusof dan tetamu lain.

“Kerajaan melalui Tabung Haji sejak awal, prihatin dengan insiden yang berlaku, bersetuju menyumbangkan bantuan kewangan RM20,000 kepada waris mangsa, tambahan manfaat RM20,000 di bawah perlindungan Takaful, manakala sumbangan RM2,000 kepada jamaah yang tercedera.

Saya melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Saudi kerana mengambil langkah segera, pantas menangani insiden ini, juga atas keprihatinan Kerajaan Saudi membantu mangsa-mangsa terlibat, memastikan rawatan terbaik diberikan kepada mereka, dan kawasan insiden dibersihkan segera.” kata Dr. Mujahid.

Sumber foto Facebook Rasmi YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof

Beliau juga memaklumkan bahawa Kerajaan Saudi yang bersimpati dengan semua mangsa tersebut bersetuju untuk menyumbang sebanyak SR1 juta (RM 1,086,350.85) kepada waris 7 orang mangsa yang terkorban dan SR500 ribu (RM 543,170.43 ) kepada 3 orang mangsa yang telah cedera di dalam insiden tersebut.

“Pembayaran ini akan dibuat terus kepada AMANAH RAYA, bagi memudahkan pengurusan wang tersebut dibahagikan kepada waris dan mangsa terlibat” kata Dr Mujahid.

Pada September 2015, akibat dari ribut pasir dan hujan lebat sebuah kren telah tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa’ie. Kren yang tumbang telah menimpa bangunan Sa’ie tersebut dan sebahagian daripada rangkanya telah jatuh di bangunan Sa’ei berdekatan dengan mataf.

Pasukan mencari dan menyelamat Tabung Haji yang terdiri dari 30 orang daripada Pasukan Perubatan, Kebajikan dan Peronda telah dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja berita diterima daripada pasukan peronda yang bertugas di dalam Masjidil Haram. Hasil operasi tersebut telah seramai 10 Jemaah haji Malaysia telah dikenal pasti terlibat dalam kemalangan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...