AMPendidikan @ My LNA

Sekolah terlibat adalah tuan rumah bagi Pertandingan Kaligrafi Cina Peringkat Negeri Selangor – KPM

273

8 Januari 2020 – Hasil siasatan terhadap isu pemasangan hiasan yang dianggap keterlaluan bagi sambutan Tahun Baru Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1, Selangor, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati bahawa tujuan pemasangan hiasan tersebut adalah bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi dan ia juga adalah sebagai persediaan oleh pihak sekolah yang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kaligrafi Cina Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 11 Januari 2020.

Menurut KPM di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, KPM berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan dan amat berbangga dengan pemilihan sekolah tersebut sebagai tuan rumah kepada pertandingan kaligrafi peringkat negeri Selangor itu.

“Hiasan bagi sambutan perayaan-perayaan di Malaysia merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menyokong Rancangan Integrasi Murid-murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

RIMUP adalah program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Ini juga termasuk aktiviti silang budaya yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di antara kaum di Malaysia.” jelas KPM.

Isu pemasangan hiasan di sekolah tersebut mendapat perhatian orang ramai apabila media menyiarkan surat dari Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang bertarikh 6 Januari 2020 yang ditujukan kepada pengetua sekolah terbabit menuntut pihak sekolah menurunkan semula kesemua perhiasan kerana didakwa sebagai satu bentuk penyebaran dakyah agama lain di kalangan pelajar beragama Islam.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Puchong yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo pada hari ini mempertahankan tindakan sekolah tersebut dengan alasan bahawa hiasan yang dipasang adalah bukan bersifat keagamaan dan Perayaan Tahun Baru Cina bukannya satu perayaan keagamaan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...