AMPendidikan @ My LNA

Isu hiasan Tahun Baru Cina : Sekolah tidak perlu tunduk – Gobind

230

8 Januari 2020 – Ahli Parlimen Puchong YB Gobind Singh Deo berpendapat bahawa pihak SMK Pusat Bandar Puchong 1 tidak perlu tunduk kepada tuntutan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) supaya menurunkan perhiasan perayaan Tahun Baru Cina yang dipasang di sekolah tersebut.

Menurut Gobind yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia di dalam posting di Facebook peribadi beliau hari ini, ianya merupakan satu perkara biasa untuk membuat hiasan bagi meraikan sesuatu acara kebudayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina.

“Kita adalah masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya dan kita meraikan acara-acara seperti ini di peringkat kebangsaan sejak bertahun-tahun lalu.

Kita perlu menghormati satu sama lain dan sama-sama meraikan acara seperti ini. Saya tidak melihat sebarang masalah dalam membuat hiasan seperti ini. ” kata Gobind.

Jelas beliau hiasan yang dipasang adalah bukan bersifat keagamaan dan Perayaan Tahun Baru Cina bukannya satu perayaan keagamaan maka tututan dari pihak PUTRA itu adalah tidak berasas.

“Oleh itu, saya berpendapat bahawa sekolah tersebut tidak seharusnya tunduk kepada tuntutan seperti ini” kata Gobind lagi.

Semalam media menyiarkan surat dari Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang bertarikh 6 Januari 2020 yang ditujukan kepada pengetua SMK Pusat Bandar Puchong 1 bagi memaklumkan bahawa pihak mereka menerima aduan daripada para ibu bapa yang tidak selesa dengan perhiasan Perayaan Tahun Baru Cina yang dipasang di sekolah tersebut yang dikatakan keterlaluan.

PUTRA mendakwa ia adalah satu bentuk penyebaran dakyah agama lain di kalangan pelajar beragama Islam dan memberi tempoh tiga (3) hari dari tarikh surat tersebut untuk menurunkan semula kesemua perhiasan. Jika tidak diendahkan satu laporan kepada pihak berkuasa akan dilakukan oleh pihak mereka.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...