AM

Kadar tol JSAHMS diseragamkan mulai besok – Baru Bian

203

KUALA LUMPUR 31 Disember 2019 –  Kadar tol bagi kenderaan persendirian Kelas 1 akan diseragamkan daripada RM8.50 kepada RM7.00 di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS), Pulau Pinang mulai jam 00.01, 1 Januari 2020.

Sumber Foto https://www.penang-traveltips.com/

Menurut Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian di dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ini adalah selaras dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2020 di Dewan Rakyat pada 11 Oktober 2019 yang lepas.

“Ini bukti keprihatinan Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Dengan penyeragaman kadar tol ini, diharapkan dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang Pertama dan pengguna yang ingin ke bahagian pulau akan beralih ke JSAHMS bagi pemanduan yang lebih lancar, selesa dan selamat ” jelas beliau.

Baru Bian kuga menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi setiap peraturan dan papan tanda yang disediakan sepanjang laluan JSAHMS.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...