Oleh Mestecc
Selepas 21 tahun, hari ini, 26 Disember 2019, rakyat Malaysia sekali lagi akan berpeluang menyaksikan fenomena Astronomi yang jarang-jarang berlaku di Malaysia iaitu Gerhana Matahari Anulus atau dikenali juga sebagai Gerhana Matahari Cincin.
.
Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.
.
Tempoh gerhana matahari anulus akan berlaku bermula pukul 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai manakala di Serian pula, fenomena astronomi itu akan berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 petang hingga 1.50 petang.
Leave a comment