AM

Hari Bertemu Pelanggan LHDNM setiap Rabu – Lim Guan Eng

199

14 Disember 2019 – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada hari Rabu setiap minggu bermula pada 8 Januari 2020 dan program tersebut akan berlangsung di Kaunter Setempat Tingkat 1, Blok 8A, Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Menurut Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng program yang melibatkan MOF dan agensi percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tersebut diadakan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dalam konteks percukaian berjalan lebih lancar dan efisien.

” Pegawai kanan MOF dan LHDNM akan bekerjasama dalam program ini bagi melangkaui formaliti, sebagai inisiatif bersama untuk memudahkan urusan pembayar cukai dan orang ramai berkaitan dengan isu cukai langsung. Semua pembayar cukai yang mempunyai masalah atau aduan berkaitan dengan LHDNM diminta menghadiri Hari Bertemu Pelanggan pada setiap hari Rabu mulai 8 Januari 2020.
 
Justeru menerusi program ini, MOF dan LHDNM akan berkongsi maklumat, kepakaran dan sumber manusia dalam teras percukaian agar segala urusan dan aduan pembayar cukai dapat diselesaikan dengan segera.” jelas Lim di dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut Lim lagi, Kerajaan menyedari akan kepentingan pembayar cukai sebagai ejen kepada pembangunan negara menerusi hasil kutipan cukai, justeru program sinergi ini dianjur sebagai platform tambahan untuk mendekatkan para pelanggan terutamanya pembayar cukai kepada MOF dan LHDNM di samping dapat memperkenalkan produk-produk perkhidmatan terbaharu MOF dan LHDNM. Oleh itu orang ramai dialu-alukan untuk hadir ke program ini bermula pada 8 Januari 2020.


 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...