AM

Empat (4) tema telah dibincangkan di Sesi Town Hall KSM

182

Oleh Aizul Sahar

KUALA LUMPUR 5 Disember 2019 – Sesi Town Hall Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, hari ini telah dihadiri oleh seramai 276 orang pemegang taruh. Ia disempurnakan dengan penyampaian ucaptama oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia dan ia turut dihadiri oleh YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YBhg. Dato’ Amir Omar, Ketua Setiausaha, KSM, serta pegawai-pegawai KSM.

Sumber foto Facebook Rasmi KSM

Sesi tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan, maklum balas, dan cadangan berhubung empat (4) tema yang telah dibincangkan iaitu Rancangan Malaysia Kedua Belas, RMK-12 (2021 – 2025), Kajian Semula Tatacara Keharmonian Perusahaan, Dasar Sumber Manusia Negara dan Perlembagaan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan.

Maklum balas dan cadangan yang dikemukakan untuk RMK-12 (2021 – 2025) adalah menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara agensi Kerajaan yang terlibat dalam pengurusan pekerja asing, laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing disiarkan untuk pengetahuan umum, laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing disiarkan untuk pengetahuan umum, memudahcara penyertaan wanita dalam pekerjaan yang kritikal dan menangani jurang pendapatan antara jantina, memastikan pematuhan undang-undang buruh bagi memelihara kebajikan semua pekerja tidak kira pekerja tempatan atau asing dan tiada diskriminasi ke atas golongan lesbian, gay, bisexual, dan transgender (LGBT) daripada aspek pekerjaan dan latihan.

Sumber foto Facebook Rasmi KSM

Bagi Kajian Semula Tatacara Keharmonian Perusahaan pula maklum balas dan cadangan yang diterima adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja Gig Economy, mengutamakan kaunseling bagi memastikan kesihatan mental pekerja, mempromosi Tatacara Keharmonian Perusahaan, memberikan peluang latihan berterusan kepada pekerja pekerja yang sudah lama berkhidmat bagi kelangsungan dalam pekerjaan dan reskil, upskil pekerja pekerja mengikut kesesuaian perubahan dalam teknologi terkini.

Sumber foto Facebook Rasmi KSM

Bagi Dasar Sumber Manusia Negara maklum balas dan cadangan yang diterima adalah menangani isu gaji rendah yang menyebabkan warga tempatan kurang berminat untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu, membenarkan pelarian untuk bekerja dan diberi perlindungan sepertimana diperuntukkan di bawah undang-undang buruh negara dan membangunkan silibus kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

Akhir sekali bagi Perlembagaan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) maklum balas dan cadangan yang diterima adalah meningkatkan perwakilan pekerja, majikan dan Kerajaan termasuk daripada Sabah dan Sarawak, melantik orang berkepakaran dalam jawatankuasa teknikal dan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya (empat) 4 kali setahun.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...