AMNiaga @ My LNA

DKN 2030 berjaya meletakkan gerakan koperasi sebagai pemangkin untuk meningkatkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat Malaysia – Redzuan Yusof

165
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil. 1/2019 di Kuala Lumpur . Foto kredit kepada MED

KUALA LUMPUR 19 November 2019 – Menteri Pembangunan Usahawan YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menegaskan bahawa Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembanguna Usahawan (MED) telah meletakkan gerakan koperasi sebagai pemangkin untuk meningkatkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat Malaysia melalui teras-teras strategik yang telah ditetapkan.

“Konsep dan prinsip asas penubuhan koperasi sememangnya mengutamakan kesejahteraan secara bersama. Penilaian terhadap sumbangan koperasi bukanlah semata-mata mengikut sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sahaja tetapi perlu juga dilihat dari aspek pembangunan sosioekonomi rakyat, terutamanya mereka yang terpinggir untuk mewujudkan kemakmuran bersama.” jelas beliau di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Gerakan koperasi di Malaysia telah mencapai prestasi yang memberangsangkan di mana sehingga 31 Disember 2018 sebanyak 14,247 koperasi berdaftar dengan keanggotaan seramai 6.1 juta orang, modal syer berjumlah RM14.9 bilion, aset bernilai RM142.8 bilion dengan penjanaan perolehan sebanyak RM40.3 bilion.

MED juga memainkan peranan yang penting di dalam memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia dengan melaksanakan pelbagai inisiatif dan program-program yang berimpak tinggi seperti Bazar Jualan Harga Patut Sempena Aidilfitri yang telah diadakan pada 24 hingga 26 Mei 2019 di Putrajaya, Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang telah diadakan di pada 18 hingga 20 Oktober 2019 di Kota Kinabalu, Sabah dan MED Coopreneur Carnival dan 9 to 5 Run yang telah diadakan pada 8 hingga 10 November 2019 di Putrajaya.

Semalam Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil. 1/2019 di Kuala Lumpur di mana mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang julung kali diadakan setelah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dipindahkan ke bawah penyeliaan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mulai 2 Julai 2018

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...