AMPendidikan @ My LNA

Pelajar mahaad tahfiz berumur 7 tahun maut , Mujahid kecewa

197

PUTRAJAYA 8 November 2019 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar lelaki sebuah maahad tahfiz di Lanchang, Temerloh yang maut dengan kesan lebam di badan.

Gambar fail

“Saya rasa sungguh sedih apabila anak yang baru berusia tujuh tahun, baru hendak mengenal dunia menjadi mangsa. Saya percaya pada kecekapan pihak polis dan berharap agar hasil siasatan yang dijalankan dapat mengetahui punca kematian anak berkenaan,” ujar Mujahid yang turut berasa sedih dan kecewa dengan penemuan kesan lebam pada badan mangsa yang baru berusia tujuh tahun itu oleh pihak polis.

Dr. Mujahid sekali lagi mengingatkan para ibu bapa agar menghantar anak mereka ke pusat tahfiz atau sekolah pondok yang berdaftar di mana akan memudahkan pihak kerajaan serta Jabatan Agama Islam Negeri memantau segala kegiatan kokurikulum serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pusat berkenaan.

Pemantauan tersebut akan pastikan pihak pentadbiran pusat tahfiz atau sekolah pondok sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan dan sekaligus menjamin keselamatan dan kebajikan para pelajar.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...