Alam Sekitar @ MY LNAAM

6 penceroboh warganegara Kemboja ditangkap di Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu – Xavier

258

22 Oktober 2019 – Hasil serbuan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 3/2019 Zon Timur yang dijalankan di Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu, Terengganu pada 19 Oktober  yang lepas, seramai enam orang warganegara Kemboja yang menceroboh di situ telah berjaya ditangkap. Penagkapan mereka adalah kerana melakukan jenayah yang melibatkan hidupan liar serta menceroboh ke kawasan Hutan Simpan.

Foto kredit kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS)

Operasi tersebut dianggotai oleh sembilan (9) anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), lapan (8) anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dan 12 orang kakitangan NGO Rimba .

“Pemeriksaan lanjut terhadap enam (6) orang penceroboh tersebut telah menemui satu (1) unit disyaki cengkerang kura-kura, satu (1) unit rantai disyaki taring babi hutan, satu (1) unit rantai disyaki tanduk hidupan liar, satu (1) unit disyaki gading gajah dan empat (4) unit disyaki bulu kuang raya.

Turut dirampas adalah beberapa peralatan mengambil Gaharu seperti enam (6) unit kapak, enam (6) unit parang bersarung, dua (2) unit penggali, tujuh (7) set alat pencuci gaharu dan satu (1) unit bungkusan berisi kayu gaharu. ” jelas YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dikenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut Xavier lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dan jika disabit kesalahan hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 60, Akta 716 iaitu menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi dan jika disabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara.

Tambah beliau pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) merakamkan penghargaan kepada PDRM di dalam usaha dan inisiatif pelaksanaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan berharap agar orang ramai akan terus memberikan sokongan dan bantuan dengan menjadi mata dan telinga Jabatan PERHILITAN dan PDRM bagi membantu program OBK ini melalui penyaluran maklumat dalam usaha melindungi khazanah negara supaya tidak diancam kepupusan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...