AMNiaga @ My LNA

Karnival Kerjaya dan Pendidikan (Sektor Pengangkutan) 2019 bakal menawarkan lebih kurang 4000 kekosongan perjawatan – MOT

213

PUTRAJAYA 18 Oktober 2019 – Karnival Kerjaya dan Pendidikan (Sektor Pengangkutan) 2019 yang akan menghimpunkan pelbagai majikan dan juga menawarkan pelbagai pekerjaan akan diadakan di Palm Mall Seremban, Negeri Sembilan pada 19 dan 20 Oktober 2019 (Sabtu dan Ahad) bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Foto Kredit kepada BERNAMA

Karnival anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan JobsMalaysia Negeri Sembilan akan disertai oleh hampir 40 majikan yang akan menjalankan temuduga terbuka serta menawarkan lebih kurang 4000 kekosongan perjawatan. Antara pengisian yang menarik yang telah diatur adalah temuduga terbuka, pameran jabatan/agensi dan career talk dari majikan terpilih.

“Antara majikan yang akan menyertai karnival ini ialah Prasarana Malaysia Berhad, AirAsia, Malindo Air, Pelabuhan Tanjung Pelepas, PUSPAKOM, Touch N Go dan banyak lagi. Manakala antara jawatan yang ditawarkan adalah seperti Pemandu Prime Mover, Mekanik Jentera Ringan & Berat, Pemandu Bas, Pemeriksa Kenderaan, jawatan-jawatan eksekutif, jawatan dalam bidang jualan, jurutera, programmer, kru penerbangan dan pelbagai lagi. Gaji yang ditawarkan juga adalah sangat kompetitif dan mengikut pasaran semasa di mana ada jawatan yang menawarkan gaji sehingga RM15,000.00.

Di samping majikan, karnival ini juga akan turut disertai oleh jabatan/agensi di bawah MOT seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Lembaga-Lembaga Pelabuhan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan lain-lain lagi yang akan memberikan makumat menarik mengenai perkhidmatan yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi kepada orang awam.” terang MOT di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Di samping itu MOT juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan terutamanya kepada YB Arul Kumar A/L Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Negeri Sembilan dan kepada JobsMalaysia Negeri Sembilan kerana telah bersama-sama MOT dalam menjayakan program dua hari ini.

Tambah MOT, kerajaan sentiasa ingin melihat agar rakyat tempatan sentiasa diutamakan dalam mengisi kekosongan jawatan yang wujud dan para majikan disarankan untuk memberi gaji yang kompetitif, sejajar dengan produktiviti kepada pekerja-pekerja tempatan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...