Home AM ASHRAF WAJDI MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR – MUJAHID
AM

ASHRAF WAJDI MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR – MUJAHID

YBM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di sidang media Majlis Penutup Karnival Rahmah 2019

Putrajaya 1 October 2019 – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dinasihatkan supaya tidak terus mengelamun dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah kepada Tabung Haji dan Kerajaan Pakatan Harapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YBM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga menegaskan bahawa Asyraf Wajdi sepatutnya malu pada diri sendiri dan kepada umat Islam kerana gagal
membetulkan keadaan ketika beliau menjadi timbalan menteri (era pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional) yang menjaga hal ehwal agama Islam. Mujahid merujuk kepada kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini bahawa badan tersebut tidak pernah melepaskan pegangan saham dalam TNB seperti yang didakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Asyraf Wajdi sendiri.

“Ini bukanlah kali pertama Asyraf mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak tepat malah palsu dan berniat fitnah kepada TH dan juga PH.

Pada 3 Mei lalu, beliau keluarkan dakwaan kononnya umat Islam di negara ini kehilangan kuota tambahan untuk menunaikan haji kerana hubungan dingin antara kerajaan PH dengan Arab Saudi. (https://www.utusan.com.my/berita/politik/umat-islam-hilang-kuota-tambahan-haji-di-bawah-ph-1.894403)

Bukan itu sahaja, pada Mac tahun ini pula beliau mendakwa aset TH diurus oleh bukan Islam. (https://www.utusan.com.my/berita/nasional/terkilan-aset-tabung-haji-dijual-diurus-bukan-islam-1.870884)” jelas Mujahid di dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Mujahid menyamakan tindak-tanduk Asyraf Wajdi adalah seperti peribahasa Melayu yang berbunyi ‘lebai malang yang marahkan nyamuk, bakar satu kelambu’ kerana tindakan Asyraf sebelum ini mengeluarkan kenyataan tentang kuota haji yang boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi yang terbina selama ini.

Malah Mujahid turut mengolah pantun khas untuk Asyraf seperti berikut :

Jangan ikut kumpulan penyamun
Lebai di kepala, otak berjerubu
Wahai Ashraf jangan mengelamun
Marah nyamuk bakar kelambu

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...