Home MY LNA AM Pendidikan @ My LNA SJKC Kajang Utama dibantu kerajaan
Pendidikan @ My LNA

SJKC Kajang Utama dibantu kerajaan

SJKC Kajang Utama

Kajang 24 September – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kerajaan Negeri Selangor dan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bekerja sama bagi membolehkan SJKC Kajang Utama beroperasi secepat mungkin setelah terbengkalai sejak tahun 2017 akibat masalah-masalah tertentu terutamanya masalah tidak memperolehi Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching yang ditemui media selepas program lawatan ke SJKC Kajang Utama pada hari ini berkata KPM telah pun meluluskan sumbangan bernilai RM300 ribu bagi bagi membantu sekolah tersebut menyiapkan kerja-kerja pembinaan yang terbengkalai. Pihak sekolah juga boleh meminta bantuan tambahan sebanyak RM300 ribu bagi pembelian perabot-perabot dari pihak KPM.

Pada masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor , YB Ng Sze Han memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersama pihak MPKJ akan membantu pihak sekolah bersama-sama dengan pihak kontraktor dan consultant membuat permohonan fast track bagi mendapatkan Certificate of Completion and Compliance (CCC) tersebut dengan kadar segera.

Sementara itu Adun Sungai Ramal, YB Mazwan Johar berharap agar sekolah tersebut dapat beroperasi dengan segera supaya dapat menampung permintaan yang selari dengan arus pembangunan yang pesat terutamanya di Kajang Utama dan Kajang 2.

Antara yang turut hadir di sesi lawatan ke sekolah tersebut adalah Adun Balakong, YB Wong Siew Ki, Timbalan Yang Di Pertua MPKJ Haji Najmuddin Jemain dan Ahli Majlis MPKJ Khoo Khim Han.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

JPPKK Komited Tingkat Peratus Graduan Raih Gaji Premium

ARAU, 7 NOVEMBER 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)...

AMMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ini 14 langkah menempatkan golongan OKU di IPT

Oleh: Dr. Azleen Ilias Mengatasi halangan pendidikan tinggi dalam dunia yang semakin...