Pendidikan @ My LNA

SJKC Kajang Utama dibantu kerajaan

350
SJKC Kajang Utama

Kajang 24 September – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kerajaan Negeri Selangor dan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bekerja sama bagi membolehkan SJKC Kajang Utama beroperasi secepat mungkin setelah terbengkalai sejak tahun 2017 akibat masalah-masalah tertentu terutamanya masalah tidak memperolehi Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching yang ditemui media selepas program lawatan ke SJKC Kajang Utama pada hari ini berkata KPM telah pun meluluskan sumbangan bernilai RM300 ribu bagi bagi membantu sekolah tersebut menyiapkan kerja-kerja pembinaan yang terbengkalai. Pihak sekolah juga boleh meminta bantuan tambahan sebanyak RM300 ribu bagi pembelian perabot-perabot dari pihak KPM.

Pada masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor , YB Ng Sze Han memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersama pihak MPKJ akan membantu pihak sekolah bersama-sama dengan pihak kontraktor dan consultant membuat permohonan fast track bagi mendapatkan Certificate of Completion and Compliance (CCC) tersebut dengan kadar segera.

Sementara itu Adun Sungai Ramal, YB Mazwan Johar berharap agar sekolah tersebut dapat beroperasi dengan segera supaya dapat menampung permintaan yang selari dengan arus pembangunan yang pesat terutamanya di Kajang Utama dan Kajang 2.

Antara yang turut hadir di sesi lawatan ke sekolah tersebut adalah Adun Balakong, YB Wong Siew Ki, Timbalan Yang Di Pertua MPKJ Haji Najmuddin Jemain dan Ahli Majlis MPKJ Khoo Khim Han.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNA

Mahasiswa UM selami budaya orang asli Temuan di Ulu Chembong

Projek Regain Experience Asli’s Life atau lebih mesra disebut sebagai Projek REAL...