Kenyataan Media

Pulau Langkawi Saksi Peralihan Siaran TV Analog ke Digital – SKMM

192
Foto dari https://www.myfreeview.tv/

CYBERJAYA 21 Julai 2019 – Projek printis peralihan siaran TV Analog ke Penyiaran Televisyen Terestrial Digital (DTTV) telah berlangsung pada jam 2:30 pagi hari ini di Gunung Raya, Pulau Langkawi di mana ia melibatkan penutupan penyiaran tv analog atau dikenali sebagai Analog Switch Off (ASO).


Ini merupakan salah satu usaha kerajaan memacu negara ke arah pendigitilan di samping memperolehi dividen digital daripada penggunaan spektrum 700MHz untuk memperkasakan perkhidmatan wireless broadband seperti 5G.

Peralihan siaran TV analog ke siaran TV digital myFreeview akan membolehkan rakyat Malaysia menonton siaran TV digital secara percuma tanpa perlu membayar sebarang yuran langganan.

MyFreeview adalah jenama bagi perkhidmatan DTT untuk Siaran Televisyen Digital Malaysia ini meliputi 98% kawasan yang berpenduduk dan menawarkan lima belas (15) saluran TV dan enam (6) saluran radio dari RTM, Media Prima, TV Alhijrah dan Bernama News Channel.
Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh Deo akan merasmikan pelancaran DTTB ASO pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...