AMNiaga @ My LNA

RM925 JUTA DANA BERKAITAN 1MDB SUDAH DIKEMBALIKAN – LIM GUAN ENG

162

PUTRAJAYA 12 Julai 2019 – Hasil usaha pihak berkuasa negara termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Peguam Negara, berserta dengan kerjasama pihak berkuasa luar negara telah berjaya mengembalikan sebanyak RM925 juta dana berkaitan 1MDB kepada Kementerian Kewangan.

Menurut Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, organisasi dan parti-parti politik Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA, dan SUPP telah menerima dana yang berpunca daripada 1MDB. Kini akaun bank parti- parti politik tersebut telah pun dibekukan oleh SPRM, dalam usaha mendapatkan kembali dana tersebut.

” Harus ditekankan bahawa jumlah RM6.1 juta yang diterima kembali oleh Yayasan 1MDB adalah daripada pelbagai pihak. Akan tetapi, Yayasan 1MDB belum lagi menerima sebarang bayaran daripada  Koperasi  Jayadiri  Malaysia  Berhad (Kojadi). Baru-baru ini, SPRM telah mengambil tindakan membekukan akaun bank Kojadi yang berkenaan. Pada 16 Ogos 2012, satu perjanjian Financial Grant antara Yayasan 1MDB dan Kojadi untuk jumlah sebanyak RM15 juta telah ditandatangani. Selepas itu, dana sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada Kojadi oleh Yayasan 1MDB.

Jelas sekali, Kojadi dipengaruhi oleh parti politik MCA. Campur tangan MCA dalam urusan Kojadi disahkan sendiri oleh Pengerusi Kojadi, Datuk Ng Peng Hay, yang juga seorang bekas ADUN MCA dari Melaka. Kojadi perlu mengambil iktibar daripada usaha berani Pengerusinya untuk memulangkan semula wang kepada Yayasan 1MDB demi membersihkan nama Kojadi” jelas Lim.

Mengulas lanjut, Lim menyatakan bahawa pada akhir bulan Jun, Pengerusi Kojadi menyatakan beliau dihalang oleh Presiden MCA daripada usaha memulangkan RM15 juta kepada Yayasan 1MDB. Pada 3 Julai 2019, SPRM telah membekukan akaun bank Kojadi yang  berkenaan.  Pada  9  Julai, Pengerusi Kojadi digantung jawatannya oleh Lembaga Pengarah Kojadi akibat tindakan beliau yang jujur.

” Komitmen Pengerusi Kojadi untuk melakukan perkara yang betul dengan berusaha memulangkan wang kepada Yayasan 1MDB, sungguhpun berhadapan dengan pelbagai tindakan ke atasnya, harus dipuji. ” puji Lim.
Menteri Kewangan itu juga menegaskan bahawa dana berjumlah RM925 juta yang dikembalikan kepada Kementerian Kewangan tersebut tidak termasuk hasil jualan Kapal Equanimity kepada Genting Malaysia Bhd sebanyak USD126 juta (kira- kira RM527.4 juta).

Hasil jualan tersebut telah diterima sepenuhnya pada 23 April 2019 dan kini disimpan di dalam Sheriff’s Stakeholder Account (dalam sebuah syarikat guaman terkemuka di Malaysia) untuk tempoh tiga bulan bagi tujuan penyesuaian dengan tuntutan perbelanjaan penyelenggaraan kapal yang akan ditentukan melalui Perintah Mahkamah.

” Baki hasil jualan setelah ditolak jumlah perbelanjaan yang terlibat dijangka akan didepositkan ke dalam Recovery Account milik 1MDB atau Kementerian Kewangan pada bulan Ogos 2019. Bila diterima USD126 juta ini kelak, wang dana ini akan digunakan untuk melunaskan sebahagian daripada hutang 1MDB. ” jelas Lim.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...