Home Kenyataan Media Program Khatam Al-Quran Perdana Remaja
Kenyataan Media

Program Khatam Al-Quran Perdana Remaja

KUALA LUMPUR 26 Mei 2019 – Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa, YBM Datuk Seri Rina Mohd Harun menyambut baik penganjuran Program Khatam Al-Quran Perdana Remaja yang diadakan di Surau Abbas Al Habshee, PPR Laksamana, Maluri pada hari ini.


Difahamkan bahawa program tersebut merupakan program gabungan di antara penghuni PPR Laksmana Jalan Peel dan PPR Chochrane Perkasa.
” Saya menyambut baik usaha AJK Muslimah Surau Abbas Al-Habshee PPR Laksamana Jalan Peel dan AJK MPPWP Sub Zon 2 Titiwangsa kerana telah menganjurkan program ini bersempena dengan bulan Ramadhan, atau lebih dikenali sebagai ‘Bulan Tarbiyah’ – iaitu bulan latihan bagi kita agar semua perkara dan kehendak hawa nafsu harus dikawal demi untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Yang Maha Esa. ” ujar Rina.


Tambah beliau lagi , program yang melibatkan 30 orang kanak-kanak dan remaja itu diharap akan menyuburkan lagi minat membaca al-Quran yang mendalam di kalangan warga PPR Laksamana dan PPR Chochrane Perkasa khususnya bagi golongan remaja.


Rina juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang hadir dan berdoa bagi mereka yang akan pulang ke kampung semoga selamat sampai ke destinasi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

Kenyataan Media

Menteri KBS hadir di ICYSM

8 September 2022 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal...

Kenyataan Media

MERDEKA RIDE DAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 31 Ogos 2022

PUNCAK ALAM 31 Ogos 2022 – Kelab Bersekutu 2 Roda (KB2R) telah...