PUTRAJAYA 27 Mei 2019 – Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak peka dengan keperluan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT) Bandar Seri Alam, Masai ,Johor dan sengaja melewatkan penyiapan projek tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau pada hari ini, pembinaan SJKT telah siap 95 peratus dan hanya menunggu baki kerja-kerja berkaitan sistem pembentungan unt uk disiapkan sepenuhnya,dan di jangka akan di serah untuk operasi pada Disember 2019.
“Dalam hal ini ,kelewatan penyiapan projek tersebut adalah disebabkan dua isu utama. Pertama,pengambilan masa untuk menutup jalan masuk sementara yang merentasi tapak pembinaan SJKT Bandar Seri Alam, yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR ) sebelum ini untuk pembinaan projek perumahan dikawasan tersebut. KPM mahu memastikan laluan sementara itu ditutup dari awal lagi bagi menjamin sekolah yang di sediakan adalah sempurna dan bebas dari pada sebarang isu kelak.
Kedua, projek SJKT ini juga masih dalam proses mendapatkan kelulusan daripada Indah Water Konsortium ( IWK ) bagi sistem pembentungan disekolah yang mana ia berkait rapat dengan infrastruktur di sediakan oleh pemaju perumahan dikawasan tersebut .Pihak kontraktor telah menyediakan kerangka penyelesaian jangka pendek untuk tuj uan ini dan telah mendapat kelulusan IWK. Namun dikenakan syarat berkaitan sistem pembet ngan berpusat oleh IWK dan sedang menunggu kelulusan pihak IWK. KPM juga telah memohon kerjasama IWK supaya menyegerakan kelulusan agar projek sekolah dapat di siapkan secepat yang mungkin.” jelas Teo Nie Ching di dalam kenyataan media tersebut.
Tegas beliau lagi sebelum mana-mana fasiliti pendidikan boleh diserahkan untukdigunakan, Kemeterian Pendidikan Malaysia, KPM komited untuk memastikan setiap fasili ti yang dibina dapat mencapai matlamat sebenar pendidikan dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP) dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan kelak.
Leave a comment