Alam Sekitar @ MY LNAAMCOVID-19 @ My LNA

Memusnahkan Bumi adalah berlawanan dengan Agama Saya

114

11 Mac 2021 – Sempena inisiatif ‘Sacred People Sacred Earth Day of Action‘ oleh masyarakat dunia menerusi gabungan “Greenfaith” iaitu sebagai hari iklim terbesar global berasaskan keagamaan dalam sejarah, Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Friendship Group of Inter-Religious Services (FGIS) dan gabungan NGO berasaskan agama serta pertubuhan masyarakat sivil lain telah menyatakan komitmen besar untuk mempertahankan keadilan iklim serta masa depan bumi ini dari kerosakan serta pencemaran yang mengakibatkan berlakunya darurat iklim.

Menurut Penyelaras MICCN, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, gabungan tersebut akan berusaha untuk menyebarkan kefahaman yang jelas kepada komuniti agama masing-masing akan kepentingan bersama-sama menjaga alam sekitar yang merupakan salah satu ciptaan dan anugerah Tuhan.

“Untuk itu, sempena peristiwa besar pada hari ini kami bersama-sama meluncurkan kempen “Memusnahkan Bumi adalah berlawanan dengan Agama Saya”, “Destroying the Earth is against My Religion”.

Dalam masa yang sama, kami ingin menegaskan bahawa usaha murni ini perlu hadir dengan komitmen bersama semua pihak yang bukan hanya tertumpu kepada masyarakat biasa semata tetapi juga merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

Susulan penularan wabak Covid-19 yang mempunyai kaitan dengan isu alam sekeliling, kami ingin menzahirkan kekhuatiran terhadap kelestarian usaha bersama menangani isu alam sekitar dan perubahan iklim.” kata Faisal.

Mengulas lanjut, Faisal yang juga merupakan Presiden ABIM berkata respon kerajaan-kerajaan di dunia rata-ratanya dilihat membelakangkan isu perubahan iklim terutama dalam menyalurkan sumber kewangan menerusi pelbagai pakej ekonomi menangani wabak Covid-19 dan ini amat mendukacitakan.

“Dalam konteks ini, adalah penting untuk kita melihat Greenness Stimulus Index (GSI) yang dikeluarkan Finance for Biodiversity Initiatives – F4B yang membuat penilaian bagaimana usaha kerajaan-kerajaan menangani Covid-19 khususnya dalam bidang ekonomi memberi sumbangan terhadap pembangunan lestari, memelihara biodiversiti serta memastikan wujudnya perlindungan ke atas perubahan iklim.

Dalam analisis yang dikeluarkan, dapatan menunjukkan pakej rangsangan yang diumumkan majoriti negara-negara di dunia hingga kini menunjukkan indikator ‘net negative’ terhadap kesan alam sekitar. Justeru dapatan menunjukkan majoriti besar dana diperuntukkan untuk ekonomi negara bersifat merosakkan kelestarian alam sekitar di masa hadapan, walaubagaimana laporan tersebut mengakui wujudnya petanda penambahbaikan.

Secara keseluruhan, laporan tersebut mencatatkan sejumlah US$4.6 trilion dari keseluruhan US$14.9 trillion pakej rangsangan yang diumumkan memberi sumbangan terhadap sektor-sektor berkaitan alam sekitar.”katanya.

Tambah beliau, indikator ini seharusnya menjadi panduan buat negara-negara di Asia Tenggara termasuk negara yang tidak disenaraikan dalam kajian seperti Malaysia supaya sesuatu dapat dibuat dalam memastikan pakej ekonomi menangani Covid-19 mempunyai kesinambungan terhadap pembangunan lestari untuk generasi mendatang termasuk menjawab isu-isu darurat iklim yang dunia sedang hadapi.

“Maka, pakej rangsangan ekonomi harus bersifat meluas untuk menyokong usaha besar penambahbaikan inisiatif menangani isu alam bagi membuahkan agenda keadilan iklim.

Selain pakej ekonomi, usaha dan komitmen kerajaan terhadap inisiatif antarabangsa seperti sasaran Carbon Neutrality 2050 di bawah Paris Agreement harus sentiasa disemak dan ditambah baik supaya kita sentiasa berada di landasan yang tepat dan tidak pula menangguhkan sasaran tersebut bila menjelang tempoh yang ditetapkan.

Maka, dalam konteks ini kami akan terus bersama rakyat Malaysia untuk konsisten menjadi anggota pendesak menggesa kerajaan serius menangani isu perubahan iklim, dan tidak hanya fokus kepada isu memulihkan sektor ekonomi yang difahami secara literal semata-mata.” jelas Faisal.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...