Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), telah mengadakan Muktamar Sanawinya kali ke-48 bertarikh 25-27 Oktober 2019 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) yang menyaksikan telah berlaku perubahan kepimpinan. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah dipilih sebagai presiden untuk sesi 2019-2021. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Agung ABIM (2013-2019) dan pernah memimpin PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dari tahun 2009 sehingga 2011. Berikut adalah senarai kepimpinan ABIM untuk sesi 2019-2021:-
Presiden:-
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Timbalan Presiden:-
Mohd Khairul Anwar Ismail.
Naib Presiden:-
Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim.
Ahmad Fahmi Mohd Shamsuddin
Fatin Nur Majdina Nordin
Zairudin Hashim
Leave a comment