AMNiaga @ My LNA

PROTON catat peningkatan jualan sebanyak 36% bagi 8 bulan pertama 2019 – Ong Kian Ming

90

KUALA LUMPUR 21 Oktober 2019 – PROTON telah mencatat jumlah jualan kenderaan sebanyak 61,235 unit bagi tempoh 8 bulan pertama bagi tahun 2019. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 36% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018.

Menurut Dr Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ketika menjawab soalan lisan dari Datuk Alexander Nanta Linggi (KAPIT) di Dewan Rakyat semalam, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian Automotive Association (MAA), jualan kenderaan jenama PROTON telah menduduki tempat kedua bagi segmen jualan kenderaan penumpang dari Januari hingga Ogos 2019.

“Peningkatan jumlah jualan ini didorong faktor pengenalan X70 bermula pada tahun 2018 serta pembaharuan model-model sedia ada seperti Saga, Exora, Iriz dan Persona pada 2019.

Bagi tempoh Jun 2018 hingga Ogos 2019, PROTON telah mengeksport sebanyak 1,635 unit kenderaan PROTON, terutama bagi model Gen 2, Preve dan Persona dengan nilai eksport bernilai RM55.1 juta.” jelas Ong Kian Ming.

Tambah beliau pasaran eksport utama PROTON adalah negara-negara Brunei, Mauritius, Jordan, Pakistan, Iraq, Zimbabwe dan Mesir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...