AM

Pihak Konsesi dan kontraktor perlu bertindak sebagai barisan hadapan, perlu sentiasa produktif dan responsif

202

11 Februari 2021 – Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof menegaskan bahawa setiap Konsesi perlu mempunyai pusat aduan untuk memudahkan rakyat berhubung terus dan mendapat maklum balas dengan segera. Menurutnya pihak Konsesi dan kontraktor adalah merupakan barisan hadapan yang menjadi rakan pelaksana kepada Kerajaan maka jangan hanya membiarkan Kerajaan yang memberi maklum balas bagi pihak Konsesi dan kontraktor.

Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Hj. Fadillah Bin Haji Yusof menyampaikan ucapan dan amanat beliau sempena perasmian Majlis Aspirasi KKR 2021 secara maya hari ini

Di dalam ucapannya sempena Majlis Aspirasi 2021 Bersama Pelaksana Kontrak Penyenggaraan Kementerian Kerja Raya yang berlangsung pada hari ini, adalah menjadi harapan beliau sebagai Menteri Kanan Kerja Raya adalah ingin memastikan kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan dengan berkualiti pada setiap masa dan bila-bila masa.

Majlis Aspirasi KKR 2021 secara maya ini turut disertai oleh wakil-wakil syarikat pelaksana kontrak penyenggaraan yang dilantik.

“Saya ingin menyeru kepada semua wakil Konsesi dan kontraktor penyenggaraan agar sentiasa produktif dan responsif. Anda semua perlu bertindak pantas menjadi pihak pertama untuk dihubungi, yang pertama berada di lokasi dan yang pertama memberi maklum balas serta mengemaskini sebarang informasi (first contact, first at the site, first to respond and first to update).

Pihak Konsesi dan kontraktor adalah merupakan barisan hadapan yang menjadi rakan pelaksana kepada Kerajaan. Jangan hanya membiarkan Kerajaan yang memberi maklum balas bagi pihak Konsesi dan kontraktor. Setiap Konsesi perlu mempunyai pusat aduan untuk memudahkan rakyat berhubung terus dan mendapat maklum balas dengan segera.” tegasnya.

Tambah Fadhillah pada tahun 2020, sebanyak 5,649 jumlah aduan telah diterima melalui JKR dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,336 atau 21.92% adalah aduan jalan rosak, berlubang, tidak rata dan tidak siap.

“Aduan ini menduduki tempat ketiga dalam senarai aduan JKR. Lebih malang lagi, terdapat banyak aduan yang tidak dibuat menerusi saluran aduan rasmi, tetapi tular di media sosial sebelum tindakan pembetulan diambil.

Perkara ini turut menjadi sensasi apabila kemalangan berpunca daripada jalan berlubang melibatkan seorang Menteri.” katanya.

Fadillah turut menyarankan agar pihak Konsesi dan kontraktor meneroka dan mendigitalkan semua proses pelaksanaan kerja supaya proses dan kualiti terjamin. Ini selaras dengan aspirasi Memperluas Penggunaan Teknologi Digital Dalam Pembangunan Dan Penyenggaraan Infrastruktur sebagai Teras Kedua yang terkandung dalam Pelan Strategik Organisasi 2021 – 2025 Kementerian Kerja Raya.

“Budaya memanfaatkan teknologi digital sebagai pemudahcara dalam pelaksanaan tugas dan jaminan kualiti akan sekaligus menggalakkan inovasi dalam penambahbaikan mutu kerja. Ini selaras dengan agenda dan visi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, yang akan membawa perubahan kepada landskap tadbir urus, pembangunan, ekonomi dan sosial negara.” ujarnya.

Dalam pada itu Pride, Passion and Prestige (Kebanggaan Kesungguhan dan Prestij) dipilih sebagai tema Majlis Aspirasi KKR 2021. Ia membawa pengertian bahawa KKR bersama pelaksana kontrak memikul tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan penyenggaraan yang berkualiti dan profesional agar menjadi suatu Kebanggaan, bukti Kesungguhan dalam memperkukuhkan tadbir urus penyenggaraan yang Berprestij.

Terdapat 45 Syarikat pelaksana kontrak senggara termasuk konsesi lebuhraya yang beroperasi di seluruh Malaysia. Tempoh kontrak adalah dari 5 hingga ke 10 tahun bagi kontraktor pelaksana senggara, manakala bagi lebuhraya adalah tertakluk kepada tempoh konsesi di dalam perjanjian konsesi masing-masing.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...