BernamaBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Program Festival Tarian Singa 2024 Semarakkan Industri Seni Budaya dan Pelancongan Negara

228
Kredit Foto : FB rasmi MOTAC

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2024 (Bernama) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak menganjurkan Festival Tarian Singa 2024 selama tiga (3) hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Sarawak di mana ia melibatkan ramai pihak, terutamanya industri pelancongan, seni, budaya dan warisan. Festival ini juga bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sekaligus menjadikan tarian singa ini sebagai daya tarikan utama untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Festival yang pertama kali dianjurkan oleh MOTAC ini merupakan salah satu usaha penting kerajaan dalam menyatupadukan rakyat dalam mengekalkan kemakmuran negara termasuk meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat, selari dengan teras keempat Malaysia MADANI.

Pemilihan Bandaraya Kuching juga sebagai lokasi festival adalah sangat sesuai kerana penganjuran festival seperti ini akan dapat meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang dikenali di seluruh dunia yang sememangnya amat sinonim dengan keunikan kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak.

Tanda perasmian acara kemuncak Malam Gala Festival Tarian Singa 2024 telah disempurnakan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), MOTAC dengan suasana penuh gilang-gemilang di Tebingan Sungai Kuching.

Sementara itu, YB Timbalan Menteri dalam ucapannya berkata, Festival Tarian Singa 2024 yang pertama kali dianjurkan oleh MOTAC ini juga dirangka dengan pelbagai pengisian program yang menarik untuk menyemai minat masyarakat tentang seni persembahan tarian singa sebagai salah satu cabang seni, budaya dan warisan masyarakat Malaysia yang perlu dipelihara.

Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang tiga (3) hari program ialah Perarakan Kumpulan Tarian Singa, Sesi Perkongsian Ilmu bersama Adiguru Kraf Kepala Singa, Demonstrasi Teknik Permainan Gendang Tarian Singa, Pameran Pengiktirafan Warisan Malaysia oleh UNESCO, Demonstrasi Lukisan Grafiti/Mural, Jualan Produk Kraftangan dan Konsert Rakyat bagi menghiburkan warga Bumi Kenyalang.

MOTAC sedang berusaha untuk mengiktiraf Tarian Singa dan Naga sebagai seni persembahan di bawah naungan MOTAC. Langkah ini amat bertepatan dengan hasrat Kerajaan untuk memartabatkan seni dan budaya pelbagai kaum di Malaysia seperti yang telah digariskan di dalam Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN).

Hadir bersama dalam majlis perasmian ini ialah barisan pengurusan tertinggi MOTAC bersama Kerajaan Negeri Sarawak.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaGeneral News @ My LNAMy LNA English

Mercedes-AMG Petronas F1 Team Visits Petronas Twin Towers For The Company’s 50th Anniversary Celebration

KUALA LUMPUR, Oct 8 (Bernama) — Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Principal Toto Wolff and...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA English

Arthur D. Little Expands Australian Office With Appointment Of Franco Santucci As Partner And Addition Of New Team

MELBOURNE, Australia, Oct 8 (Bernama) – Arthur D. Little (ADL) today announced an expansion of its Australian...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA EnglishWomen @ My LNA

Unirazak Vice Chancellor Honoured At 2024 World Women Economic And Business Summit

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) was invited to the...

BernamaFinance @ My LNAMy LNA English

Report On National Findings 2024 – Financial Capability & Utilization Of Financial Advisory Services In Malaysia

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Malaysian Financial Planning Council (MFPC) has released a Report on...