Biz @ My LNABM @ MY LNA

Alibaba.com Bekerjasama dengan IOC Dorong Atlet ke arah Keusahawanan

182

Alibaba.com akan menjadi rakan kongsi eksklusif untuk menyertai edisi keempat program Athlete365 Business Accelerator, menawarkan latihan berfokuskan e-dagang dan perdagangan global, peluang bimbingan eksklusif dan pakej pemecu

KUALA LUMPUR 1 Ogos 2024 – Pada acara pelancaran besar di Paris hari ini, Alibaba.com, platform terkemuka untuk e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) global, akan mengumumkan bahawa ia telah menjadi rakan kongsi e-dagang Olimpik dan Paralimpik pertama di seluruh dunia untuk menyertai edisi keempat program Athlete365 Business
Accelerator (“Business Accelerator”), iaitu suatu inisiatif yang diterajui IOC untuk menyokong atlet dengan peluang dwikerjaya dan peralihan kerjaya dengan memperkasakan mereka untuk menjadi usahawan.

Alibaba.com menghubungkan pembeli dengan pembekal dari lebih 200 negara dan wilayah, sekali gus menawarkan perkhidmatan inovatif dan alatan perniagaan yang dipacu teknologi untuk membantu PKS memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Senario ini memudahkan perdagangan global untuk pembeli dan penjual, menawarkan peluang kepada semua bakal usahawan termasuk para atlet untuk mencipta kejayaan dalam perniagaan.

Menurut data baharu daripada Alibaba.com*, hampir dua pertiga (63%) daripada bekas atlet bergelut untuk mencari kerjaya baharu selepas sukan. Walaupun 76% daripada bekas atlet berpendapat bahawa mereka mempunyai kemahiran boleh pindah (transferable skills) yang relevan untuk perniagaan, hanya lebih separuh (52%) kini menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Program Athlete365 Business Accelerator ialah inkubator perniagaan yang bertujuan melengkapkan atlet profesional semasa dan bekas atlet dengan kemahiran yang diperlukan untuk mencipta dan mengurus perniagaan mereka sendiri. Sebagai rakan kongsi pertama yang menyertai program ini, Alibaba.com akan mewujudkan skim latihan berbilang fasa yang berfokuskan e-dagang dan perdagangan global yang direka khusus untuk membina pengetahuan peserta tentang bidang kritikal perniagaan seperti penggunaan alat AI, penyumberan global dan eksport B2B melalui pasaran digital.

Melalui program itu, Alibaba.com menyasarkan matlamat untuk memperkasakan lebih 1,000 atlet global dan bekas atlet dengan latihan. Di samping itu, Alibaba.com juga akan menawari 50 calon yang berpotensi pakej Business Accelerator (Pemecut Perniagaan) bernilai $10,000**, yang akan menyediakan gabungan latihan logistik, operasi dan penyumberan serta kredit untuk membantu calon membuka peluang pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Kuo Zhang, Presiden, Alibaba.com, berkata: “Di Alibaba.com, kami telah menyaksikan ramai individu tanpa latar belakang perniagaan menjadi PKS yang sangat berjaya dengan menggunakan perkhidmatan dan alatan kami. Para atlet, terkenal dengan keberanian, keazaman dan pemikiran positif mereka dalam sukan, membawa ciri-ciri penting yang sama ini ke dalam dunia perniagaan Fokus dan daya tahan mereka memberikan kelebihan kepada mereka sebagai usahawan. Kami di Alibaba.com bersemangat untuk menyokong atlet dalam memanfaatkan kemahiran mereka untuk mencapai kejayaan dalam usaha keusahawanan mereka.

Kaveh Mehrabi, Pengarah Jabatan Atlet di Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, berkata: “Kami teruja untuk membawa Alibaba.com sebagai rakan kongsi untuk program Athlete365 Business Accelerator oleh IOC. Dengan melengkapkan atlet dengan latihan dan kemahiran yang bersesuaian melalui program bimbingan dan alatan digital Alibaba.com, bersama-sama, kita akan memberikan semangat yang diperlukan kepada atlet dan usahawan Olimpik yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Inisiatif ini berfungsi sebagai bukti kukuh terhadap komitmen bersama kami untuk membina kepakaran rakan kongsi TERULUNG kami bagi memperkasakan atlet untuk membina kerjaya kedua yang berjaya.”

Untuk membantu merapatkan jurang antara sukan dengan perdagangan, Alibaba.com akan menawari para peserta peluang bimbingan program Business Accelerator dengan eksekutif kanan dan pasukan global daripada Alibaba.com, dan juga bersama-sama Duta Global Ali baba.com — yang kesemuanya telah berjaya beralih daripada sukan kepada keusahawanan. Duta Global Alibaba.com merangkumi Tony Parker, atlet Olimpik dua kali; Elias Schwärzler, penunggang basikal gunung profesional; dan Simona Galik Moore, bekas pemain tenis profesional.

Seperti Tony, Elias dan Simona, yang semuanya menggunakan Alibaba.com dalam perniagaan masing-masing, PKS di seluruh dunia boleh meraih manfaat daripada tawaran unik Alibaba.com.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...