AMBernamaBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMakan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Cuka matang Shanxi menghasilkan perisa baharu

198

TAIYUAN, China, 26 Julai 2024 (Bernama) – Apabila orang memikirkan mengenai wilayah Shanxi di China, “Cuka Matang” purba dengan sejarahnya yang meliputi lebih 3,000 tahun terlintas di fikiran. Cuka unik ini, yang terkenal kerana rasanya yang masam, wangi, manis, cukup masak dan segar, menjalani lima langkah utama dan 82 prosedur, termasuk mengukus, menapai, mengasap, membasahi dan menua. Proses itu boleh mengambil masa dari satu tahun hingga lebih 10 tahun untuk diselesaikan.
 
Pepatah yang menyebut “Sedikit cuka di rumah anda, tidak perlu lagi berjumpa dengan doktor” mencerminkan pengiktirafan yang sekian lama terhadap manfaat kesihatan cuka oleh penduduk Shanxi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Shanxi telah memperkenalkan produk kesihatan berasaskan cuka dan produk homologi perubatan berasaskan makanan, sekali gus meningkatkan lagi manfaat kesihatan bagi Cuka Matang Shanxi.
 
Sambil mengekalkan rasa tradisional bagi Cuka Matang, Shanxi telah meneroka budaya cuka secara mendalam, yang membawa kepada kemunculan produk yang kini menjadi trend. Ini termasuk “Ais Krim Cuka Matang,” yang menggabungkan cuka dan krim untuk menghasilkan satu rasa yang lazat, dan “Masakan Cuka Matang,” yang menampilkan hidangan seperti ikan salai dengan cuka matang dan walnut yang direndam dengan cuka. Hidangan ini bukan sahaja mengekalkan rasa tradisional tetapi juga menonjolkan sifat-sifat cukai yang menggalakkan kesihatan.
 
Untuk mempamerkan sepenuhnya teknik pengeluaran tradisional dan warisan kebudayaan Cuka Matang Shanxi, Shanxi telah menubuhkan muzium cuka, taman cuka dan membuka bengkel cuka di destinasi pelancongan yang popular seperti bandar purba Pingyao dan Taiyuan. Inisiatif ini memberi peluang kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk memahami budaya cuka Shanxi dan merasai ketukangan bagi warisan kebudayaan tidak ketara negara ini.
  

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaGeneral News @ My LNAMy LNA English

Mercedes-AMG Petronas F1 Team Visits Petronas Twin Towers For The Company’s 50th Anniversary Celebration

KUALA LUMPUR, Oct 8 (Bernama) — Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Principal Toto Wolff and...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA English

Arthur D. Little Expands Australian Office With Appointment Of Franco Santucci As Partner And Addition Of New Team

MELBOURNE, Australia, Oct 8 (Bernama) – Arthur D. Little (ADL) today announced an expansion of its Australian...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA EnglishWomen @ My LNA

Unirazak Vice Chancellor Honoured At 2024 World Women Economic And Business Summit

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) was invited to the...

BernamaFinance @ My LNAMy LNA English

Report On National Findings 2024 – Financial Capability & Utilization Of Financial Advisory Services In Malaysia

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Malaysian Financial Planning Council (MFPC) has released a Report on...