AMPendidikan @ My LNA

Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baharu

297

21 Disember 2020 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menerima Naib Canselor baharu iaitu Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023. Pelantikan ini diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

“YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, 54 tahun berkelulusan Sarjana Muda (BSc.) Kejuruteraan Petroleum dan Sarjana (MSc.) Kejuruteraan Kimia dari UTM dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Proses dari University of Strathclyde, Scotland, United Kingdom.

Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTM sejak tahun 2015 dan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam pembangunan teknologi membran.

Beliau juga adalah Editor jurnal Desalination, The International Journal on the Science and Technology of Desalting and Water Purification, terbitan Elsevier UK dan merupakan saintis Asia pertama dilantik sebagai Editor sejak pelancaran jurnal tersebut 50 tahun yang lalu.” kata Dr. Noraini.

Tambah beliau, Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail telah menerbitkan lebih 900 jurnal berwasit, 8 buah buku karya asli, 66 bab dalam buku dan telah menyunting 10 buah buku.

“Beliau juga terlibat dalam penghasilan lebih 30 buah paten. Saya percaya dengan pelantikan ini, YBhg. Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan beliau dalam mengekalkan kegemilangan UTM sebagai salah sebuah universiti penyelidikan terbaik negara.” ujar Dr. Noraini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...