Biz @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Banle Energy Berjaya Menyiapkan Perkhidmatan B24 Biofuel Bunkering di Pelabuhan Klang yang Pertama di Malaysia

114

Pasaran Bahan Api Marin Hijau Global Dijangka Meningkat kepada USD 201.35 Bilion menjelang 2030, pada CAGR 50.4% bermula 2023-2030

HONG KONG, July 18, 2024 – Pada 28 Jun dan 10 Julai 2024, Banle Energy International Limited, anak syarikat Banle Group (NASDAQ: BANL) (“Banle” atau “Group”) di Hong Kong iaitu sebuah syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia-Pasifik (“Banle Energy”), mengumumkan kejayaan menyiapkan dua perkhidmatan penampungan bahan api bio B24 untuk Yang Ming Marine Transport Corporation (“Yang Ming”) yang merupakan salah satu daripada 10 syarikat penghantaran kontena terbaik di dunia. Kejayaan ini dicapai dengan kerjasama Green Marine Supply SDN. BHD. (“Green Marine Supply”) dan Armada Meridian SDN. BHD. (“Armada Meridian”) Pelabuhan Klang di Malaysia, melakar sebagai pembekal bunker biobahan api pertama di pelabuhan tersebut, sebagai mewakili langkah penting yang telah diambil oleh Group dalam menyahut seruan global transformasi rendah karbon dalam sektor industri perkapalan.

Dengan menerima pakai Strategi International Maritime Organization (IMO) 2023 mengenai Pengurangan bagi Green House Gas (GHG) daripada Kapal dan Peraturan FuelEU Maritime yang mempercepatkan penyahkarbonan bahan api kapal, yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, Banle Energy telah secara proaktif merebut peluang dengan mendapatkan pensijilan ISCC EU, yang mana ia merupakan pensijilan bertujuan untuk biofuel dan tenaga di EU, yang diiktiraf oleh European Commission (EC) untuk Renewable Energy Directive (RED II) dan pensijilan ISCC Plus, iaitu pensijilan yang bertujuan untuk makanan, bahan makanan, produk berasaskan bio, tenaga dan biofuel di luar Eropah dan/atau di luar skop RED II, seawal 2023, meletakkan dirinya sebagai salah satu fasilitator bunker perintis dalam industri bahan api marin hijau.

Dalam perbincangan iklim Bonn pada 3 Jun 2024, IMO menggariskan kemajuan terkini dan rancangan untuk menyahkarbon perkapalan global menjelang 2050, ini termasuklah sasaran keazaman untuk mencapai sekurang-kurangnya 5% daripada tenaga yang digunakan oleh perkapalan antarabangsa adalah pelepasan bahan api sifar menjelang 2030. Menurut Dana Pampasan Pencemaran Minyak Sumber Kapal China, ini membayangkan bahawa industri perkapalan, yang menggunakan hampir 400 juta tan bahan api tradisional setahun, akan diperlukan untuk mengurangkan dan menggantikan bahan api tradisional sebanyak 20-40 juta tan menjelang 2030, dengan bahan api alternatif baru muncul seperti biofuel, LNG, LPG dan metanol. Kejayaan Banle Energy menyiapkan perkhidmatan penampungan bahan api bio B24 menunjukkan dedikasinya terhadap matlamat global ini.

Memandangkan industri perkapalan mempercepatkan usaha untuk memenuhi matlamat penyahkarbonan, terdapat aliran peningkatan yang sepadan dalam kedua-dua penggunaan bahan api marin hijau dan potensi pasarannya. Menurut syarikat penyelidikan pasaran yang terkenal di peringkat antarabangsa Exactitude Consultancy, pasaran bahan api marin hijau global dijangka berkembang daripada USD 11.57 bilion pada 2023 kepada USD 201.35 bilion menjelang 2030, dengan CAGR sebanyak 50.4% dalam tempoh ramalan. Menyedari peluang yang menggalakkan ini, Group telah mengukuhkan komitmennya untuk meneroka dan mengembangkan portfolio pilihan bahan api alternatif yang tersedia untuk pelanggan.

Pelabuhan Klang ialah pelabuhan terbesar di Malaysia dan antara 20 pelabuhan tersibuk yang teratas di dunia, diletakkan di negeri pengeluar utama bagi KDNK negara, menonjolkan peranan pentingnya dalam ekonomi Malaysia.

Biobahan api B24 ialah campuran Used Cooking Oil Methyl Ester (UCOME) dan bahan api marin tradisional. Berbanding dengan bahan api marin tradisional, campuran biofuel B24 diunjurkan dapat mengurangkan kira-kira 20% daripada pelepasan Greenhouse Gas (GHG). Perkongsian antara kilang penapisan tempatan dan Banle Energy ini bukan sahaja memastikan bekalan biobahan api yang stabil di rantau ini, tetapi juga menyediakan sokongan padu untuk pengembangan perniagaan BANL di rantau Asia-Pasifik.

Teck Lim Chia, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, melahirkan rasa bangganya kerana berjaya mencapai pencapaian penting ini, dengan menyatakan, “Kami berbesar hati untuk memudahkan perkhidmatan penampungan biofuel B24 yang pertama di Pelabuhan Klang. Pencapaian ini bukan sahaja menandakan satu langkah penting dalam perjalanan pembangunan mampan Kumpulan tetapi juga menunjukkan sumbangan kami kepada peralihan rendah karbon industri perkapalan global. Banle Energy akan terus mengembangkan skop perniagaannya dan terus komited untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan pemilik kapal, mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pembekal bahan api kapal terkemuka di rantau Asia-Pasifik.”

Related Articles

BusinessGlobe NewswireLNA World

Akur8 Secures $120 Million in Series C Round to Accelerate Growth of its Next Generation Actuarial Platform

Akur8 secures $120 million in Series C funding Brune de Linares, Chief...

Globe NewswireHealthcareLNA World

KFSHRC Leads as a Premier Destination for Medical Tourism and Innovative Care Solutions

RIYADH, Saudi Arabia, Sept. 15, 2024 – King Faisal Specialist Hospital &...

Globe NewswireHealthcareHighlightsLNA World

KFSHRC Revolutionizes Patient Care with Pioneering Experience Ambassadors Program

RIYADH, Saudi Arabia, Sept. 14, 2024 – King Faisal Specialist Hospital &...