Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 7:39 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 7:39 pagi, 17 Julai 2024 |
Koordinat | : 1.3° Utara 126.1° Timur |
Lokasi | : Utara Laut Maluku |
Magnitud | : 5.8 |
Jarak | : 103km Timur dari Bitung, Indonesia. |
Kedalaman | : 10 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.
Leave a comment