Biz @ My LNABM @ MY LNA

Air Selangor Lantik Adam Saffian Ghazali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

191

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2024 – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengumumkan
pelantikan Adam Saffian Ghazali selaku Ketua Pegawai Eksekutif baharu, berkuat kuasa 15 Julai 2024. Adam menggantikan Ir. Abas Abdullah, yang berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dari 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2024. Ir. Abas kini meneruskan khidmatnya sebagai Pengarah/Ketua Operasi.

Adam mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam industri perkhidmatan air dan utiliti. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Pegawai Eksekutif Aliran Ihsan Resources Berhad; Pengurus Besar, Projek Khas di MMC Corporation Berhad; dan Ketua Pegawai Kewangan Pengurusan Aset Air Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat di PricewaterhouseCoopers. Sebelum menyertai Air Selangor, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd.

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam Cukai Gunaan daripada University of New South Wales dan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan & Kewangan) daripada University of Technology Sydney. Adam merupakan Akauntan Bertauliah Chartered Accountants Australia & New Zealand dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia.

Adam berkongsi pandangannya mengenai peranan baharunya: “Saya berasa amat berbesar hati dan teruja untuk menyertai Air Selangor dan memimpin syarikat ini dalam usaha memastikan Setiap Titis Bermakna buat 9.3 juta pengguna kami di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bersama, kami akan memberi tumpuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, pendekatan inovasi, dan memastikan pengurusan air yang mampan untuk generasi kini dan akan datang.”

Pengalaman, kepimpinan, dan kedinamikan peribadi Adam akan menjadi pemangkin dalam memacu Air Selangor ke arah visi untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia menjelang 2030. Air Selangor menantikan peluang, pertumbuhan, dan kerjasama terkini dalam memulakan perjalanan ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.

    Leave a comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Related Articles

    AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

    Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

    Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

    AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

    Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

    PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

    AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

    Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

    Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...