Biz @ My LNABM @ MY LNA

Nespresso Memperkenalkan ‘Unforgettable Mediterranean Summer

168

Koleksi baharu musim panas yang membangkitkan gaya hidup Mediterranean dengan perisa kopi edisi terhad, bungkusan yang bergaya, dan aksesori yang diwarnai dengan rona Pantone

Nespresso melancarkan koleksi Unforgettable Mediterranean Summer dengan minuman kopi ais yang menyegarkan, menampilkan perisa edisi terhad baharu dan aksesori yang serba anggun. Lengkap dengan resipi menyelerakan yang berupaya menghilangkan dahaga pada hari yang panas, koleksi ini didatangkan dengan pilihan warna pembangkit semangat yang dipilih secara khusus dengan kerjasama Pantone, pakar warna global.

Diinspirasikan oleh destinasi mewah seperti French Riviera, Kepulauan Greek dan Semenanjung Balkan, koleksi musim panas yang berwarna-warni ini direka untuk memberikan aroma, rasa serta gaya seperti sebuah percutian impian pada musim panas. Nespresso bekerjasama dengan Pantone Colour Institute untuk mencipta pilihan warna yang selari dengan bandar ikonik persisiran pantai Mediterranean, menampilkan warna cerah Mandarin Orange, di samping warna-warna lain seperti Habanero Gold, Muskmelon, Aquarelle dan Blue Lolite. Dengan koleksi kopi terhad yang terinspirasi oleh Mediterranean dan sesuai dinikmati bersama ais, setiap tegukan bagaikan satu pelayaran dan mencipta memori yang kekal, dari Freddo Cappuccino Greek yang menyegarkan hinggalah kepada Caffè Shakerato Itali yang amat memuaskan. Setiap musim panas mempunyai memorinya yang tersendiri dan Nespresso berusaha untuk menjadikan ia sebagai satu kenangan yang abadi.

Kopi yang direka khusus untuk dinikmati bersama dengan ais

Nespresso meraikan musim panas dengan memperkenalkan minuman kopi sejuk edisi terhad yang dicipta khusus untuk cuaca panas. Sunny Almond Vanilla Flavour Over Ice untuk mesin Vertuo memberikan rasa kopi yang halus dan menyegarkan dengan adunan kopi Arabica yang dipanggang sederhana, mengingatkan tentang pelayaran musim panas Mediterranean. Kopi berperisa baharu ini didatangkan dalam bungkusan Habanero Gold, yang direka dengan kerjasama Pantone dan menampilkan cip Pantone bagi menambah sedikit sentuhan sinaran matahari. Perisa bermusim, seperti Coconut Flavour Over Ice untuk mesin Original dan Tropical Coconut Flavour Over Ice untuk mesin Vertuo terus memberikan rasa eksotik yang unik untuk musim panas anda.

Sebagai pelengkap kepada edisi terhad ini, Nespresso turut menawarkan minuman kopi bermusim yang turut menjadi kegemaran ramai termasuk kopi ais Barista Creations Nespresso untuk rangkaian mesin Vertuo yang lebih enak dinikmati dengan susu – minuman kopi bermusim Ice Leggero dan Ice Forte.

Penggemar kopi yang memiliki rangkaian mesin Original Nespresso boleh menikmati minuman kopi bermusim Freddo Delicato dan Freddo Intenso. Selain itu, koleksi musim panas kali ini turut menampilkan kopi Cadiz Espresso dan Lisbon Bica yang merupakan sebahagian daripada siri World Explorations yang diinspirasikan oleh bandar-bandar di
seluruh dunia.

Sedia hadapi musim panas dengan resipi yang menyegarkan

Memberikan pengalaman musim panas dalam sebuah gelas, resipi baharu Nespresso yang kreatif menawarkan minuman kopi yang enak untuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang kepada penggemar kopi. Resipi Golden Sunrise Delight menggabungkan madu dengan zes lemon bagi memberikan sedikit kemanisan, dan sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Untuk meningkatkan lagi rasa hidangan kopi sejuk tradisional anda, resipi Seaside Cream Cold Brew menggabungkan Cold Brew Style Intense dengan sirap karamel, krim sebat, dan garam, untuk menjadikannya minuman kegemaran anda di sepanjang musim panas. Semua resipi baharu ini boleh didapati di dalam talian di nespresso.com/recipes.

Mesin dan aksesori dalam rona Pantone yang menceriakan

Satu siri mesin kopi dan aksesori yang bertemakan musim panas menjadi pelengkap kepada koleksi baharu ini, di mana setiap satunya dihiasi dengan rona Pantone yang menaikkan semangat dan cip Pantone yang ikonik. Dengan hanya 300 mesin yang boleh didapati di Malaysia, edisi terhad Pantone Vertuo Pop diberikan warna Mandarin Orange baharu, memastikan anda dapat merasai sepenuhnya suasana musim panas dalam setiap pengalaman kopi anda.

Koleksi Unforgettable Mediterranean Summer tidak akan lengkap tanpa koleksi aksesori edisi terhad baharu seperti Nespresso x Pantone Coffee Mug, Ice Lolly Mold dan Coaster, yang sesuai untuk dinikmati bersama dengan kopi kegemaran anda. Nomad Travel Mug, Iced Coffee Nomad Tumbler dan Ice Cube Tray turut diberikan gaya yang lebih segar dengan koleksi rona Pantone.

Koleksi Nespresso Unforgettable Mediterranean Summer dilancarkan secara dalam talian dan di butik Nespresso pada 18 Jun 2024, ia boleh didapati untuk tempoh dan kuantiti yang terhad sahaja. Nespresso juga akan menganjurkan pameran bergerak khusus untuk koleksi ini di 1 Utama dari 19 hingga 23 Jun 2024 di mana para pengunjung boleh meneroka pemasangan yang diwarnai dengan rona Pantone, melengkapkan kuiz kopi yang diperibadikan bagi mengetahui kopi yang sepadan dengan cita rasa mereka, dan menikmati minuman kopi ganjaran.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...