Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Pulau Vancouver pada jam 11:08 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 11:08 malam, 11 Julai 2024 |
Koordinat | : 48.8° Utara 128.8° Barat |
Lokasi | : Pulau Vancouver |
Magnitud | : 6.0 |
Jarak | : 421km Barat dari Vancouver,Kanada |
Kedalaman | : 10 km |
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.
Leave a comment