Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada pukul 5 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 5:00 pagi, 11 Julai 2024 |
Koordinat | : 5.6° Selatan 100.6° Timur |
Lokasi | : Barat Daya Sumatera, Indonesia |
Magnitud | : 5.2 |
Jarak | : 269km Barat Daya dari Bengkulu,Indonesia |
Kedalaman | : 10 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.
Leave a comment