Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMakan @ My LNA

foodpanda Malaysia menawarkan kemudahan lebih berpatutandengan set menu pilihan ‘Meal For One’ daripada RM 11

320

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 – foodpanda, salah satu platform penghantaran makanan dan barangan runcit terkemuka di Malaysia, telah melancarkan Meal For One – pilihan hidangan solo baru dengan harga semua termasuk dan tiada perbelanjaan minimum. Ciri ini memperkenalkan kemudahan dan kemampuan lebih besar bagi pesanan tunggal, memperkenalkan set menu yang dipilih khas daripada lebih 2,000 restoran dengan jenama yang terkenal seperti Street Churros, Pizza Hut, KFC, The Chicken Rice Shop, Kenangan Coffee, serta kegemaran tempatan termasuk D’Laksa, Sate Kajang Haji Samuri, Ayam Penyet Best, Ali, Muthu & Ah Hock dan Original Penang Kayu Nasi Kandar.

Selain direka untuk memenuhi keperluan makan solo, Meal For One juga berfungsi sebagai pesanan bebas dalam pesanan berkumpulan. Fungsi ini membolehkan pelanggan memesan dari restoran yang berbeza sebagai satu kumpulan.

“Kami menyedari permintaan yang semakin meningkat dari pemakan solo untuk pilihan makanan yang mudah dan berkemampuan yang melengkapi pelanggan yang mempunyai jadual yang sibuk,” jelas Jenny Tay, Pengarah Komersial, foodpanda Malaysia. “Dengan Meal For One, pelanggan tidak perlu risau tentang mencapai jumlah perbelanjaan minimum atau dikenakan yuran pesanan kecil. Proses pesanan juga telah dipermudahkan untuk menyediakan pengalaman pesanan yang lebih cepat dan mudah bagi pelanggan kami.”

Meal For One oleh foodpanda menyediakan hidangan sempurna untuk seorang, lengkap dengan hidangan utama yang enak, dan sama ada makanan sampingan atau minuman, atau kedua-duanya. Meal For One boleh didapati di kebanyakan kawasan sekitar Lembah Klang, dengan hidangan serendah RM11 termasuk yuran penghantaran.

Pemakan solo boleh menyemak semua set yang tersedia dengan mudah dari restoran berdekatan di bawah kategori Meal For One di platform foodpanda.

“Pengguna baru foodpanda boleh menjimatkan lebih banyak dengan menikmati penghantaran percuma dari restoran terpilih, termasuk yang menawarkan set Meal For One, yang secara automatik akan ditunjukkan di halaman pesanan.

Proses pesanan juga telah dipermudahkan untuk membolehkan pelanggan membuat pesanan mereka dalam hanya
beberapa klik, menjadikannya lebih mudah”, kata Jenny.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...