AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM murnikan hubungan Malaysia-Timor Leste

142
Delegasi Timor Leste bersama Saifuddin (duduk, kiri) dan Anis Yusal (duduk, kanan)

KUNJUNGAN HORMAT DAN UCAP TAMA MENTERI DALAM NEGERI YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL DI PROGRAM ANJURAN INPUMA-UMLEAD, 8 JULAI 2024

Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan dan Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (INPUMA-UMLEAD) Universiti Malaya (UM) telah menerima kunjugan hormat daripada Menteri Dalam Negeri YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sewaktu penganjuran Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) Khas Timor Leste, pada 8 Julai 2024 di Hotel Wyndham Grand, Bangsar Kuala Lumpur.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Pada tahun ini, INPUMA UM telah diberi kepercayaan tinggi oleh Sekretariat MTCP, Kementerian Luar Negeri untuk mengemukakan dan berkongsi pengalaman polisi awam dan kempimpinan Malaysian dalam program bina upaya bertemakan tata kelola baik, reformasi institusi dan pembinaan maasa depan yang berdemokrasi. Penganjuran ini amat bertepatan dengan pendirian terbuka Malaysia yang menyokong permohonan keanggotaan Timor Leste untuk menyertai Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan giliran negara sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Dalam ucap tamanya bersama delegasi Timor Leste, YB Datuk Seri Saifuddin juga menegaskan pentingnya untuk memahami maksud Malaysia bersih sebagai suatu usaha yang berterusan dan mendapat dukungan kerajaan dan rakyat secara keseluruhan.

Pihak INPUMA dan Pengurusan Tertinggi UM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YB Menteri Dalam Negeri yang berbesar hati untuk meluangkan masa bersama UM dan menyampaikan ucap tama beliau, selain berkongsi pengalaman Malaysia dalam memperkasa dan membudayakan governans dalam polisi awam dengan para delegasi dari Timor Leste. Dalam program MTCP Khas Timor Leste kali ini, seramai 15 peserta yang juga merupakan pegawai kerajaan dan penggubal polisi paling kanan dari Timor Leste telah dipilih untuk mengikuti program latihan khas ini.

Sekretariat program bersama Anis Yusal (lima dari kiri) dan Saifuddin (lima dari kanan)

Hubungi Dr. Muhammad Danial Azman dari Institut Antarabangsa Polisi Awam (INPUMA), Universiti Malaya untuk maklumat lanjut di danial@um.edu.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...